Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 3, 2024 @ 4:06pm

Shuib Harap Rakan Pelawak Direman Tabah Hadapi Ujian – “Saya Kenal Sangat Dia, Cuba Hubungi Tak Dapat”

Pelawak dan usahawan, Shuib memaklumkan dia amat mengenali rakan pelawak yang direman polis semalam atas dakwaan terlibat dalam isu penyebaran maklumat dalaman Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata dia ada menghubungi pelawak tersebut namun panggilannya tidak diangkat.

“Malam tadi, saya nampak jugalah di media sosial (berita pelawak ditangkap), dan bila baca-baca di komen dengan gambaran diberi, saya kenal individu itu dan cuba juga menghubunginya.

“Saya ‘call’ dia, tapi tak dapat. Bagaimanapun, bila tahu macam tu sebenarnya tersentak jugalah sebab kawan saya. Ini kawan dan bila jadi benda begini, saya anggap ini ujian berat untuk dia, ujian besar untuk dia.

“Sebab, benda ini besar dan kes polis. Harap sangatlah benda ini, dia (pelawak) boleh ‘handle’ dengan baik. Insya-Allah, semoga dia tabah,” tuturnya.

Sebelum ini, seorang pelawak dan isternya direman selama dua hari bermula semalam di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Pelawak dan isterinya itu ditahan bagi membantu siasatan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Artikel Berkaitan: Pelawak Dan Isteri Direman Dua Hari Sebar Maklumat Dalaman Polis

Kredit foto/Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 31 Jan 2026

Aisyah Aziz Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh ibunya, Hafiza Basharahil

Hiburan Sun, 20 Jul 2025

Aksi Lengan Dipeluk Nelydia Senrose Dalam Kereta Kabel Undang Kecaman, Hariz Hamdan Mohon Maaf… Tiada Niat Cipta Kontroversi

Hariz Hamdan mohon maaf, tak ada niat cipta kontroversi isu kereta kabel bersama Nelydia Senrose.

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Farah Diana Mahu ‘Pancing’ Ernie Zakri

Tidak menolak merakam single bergenre ‘jiwang’.

Featured Thu, 19 Dec 2024

Kini Giliran Abang Viva Pula Dedah Bukti Baru… Dakwa Isteri ‘Kantoi’ Mesej Dengan Lelaki Lain?

Abang Viva mendakwa banyak lagi bukti berupa video milik isterinya.

Hiburan Fri, 20 Oct 2023
Hiburan Wed, 1 May 2019

Nabila Razali Muntah

Nabila Razali ‘muntah-muntah’ sebelum tampil ke pentas membuat persembahan.

Hiburan Sat, 31 May 2025
error: Content is protected !!