Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 7, 2024 @ 2:34pm

Naskhah Seram Komedi Gabungkan Pelakon Tiga Negara… Penerbit Filem Siapa Buka Lampu? Pilih Pengarah Indonesia

Penerbit terkenal, Punnagai Poo Gheetta daripada SG Entertianment & Adversiting kali ini memilih sentuhan pengarah Indonesia, Reka Wijaya bagi filem Siapa Buka Lampu?

Tidak menafikan kemampuan pengarah tempatan, namun Punnagai Poo Gheetha atau mesra disapa Gheetha, berkata dia mahu mencari kelainan.

“Saya mahu sesuatu yang mudah diterima penonton tetapi dalam masa sama ada sentuhan yang menggabungkan elemen tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Thailand.

“Selain filem ini tentang parodi hantu-hantu popular, pengarah, kru dan pelakon juga merupakan gabungan daripada tiga buah negara.

“Oleh itu, penonton dapat merasai ‘rasa’ Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam sebuah karya. Justeru, pemilihan Reka Wijaya untuk filem ini adalah tepat,” katanya yang telah menerbitkan 11 buah filem Tamil di India.

Siapa Buka Lampu?

Menggabungkan kolaborasi antara tiga buah negara Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam karya tersebut, Gheeta mengakui cabaran menghasilkan filem ini adalah dari segi komunikasi.

“Cukup sukar untuk menggabungkan semua pihak, bahkan komunikasi juga banyak dilakukan menerusi dalam talian termasuklah sesi bacaan skrip dan juga perbincangan ketika proses suntingan kerana pengarah berada di Indonesia.

“Memang sangat sukar dan mencabar, tetapi kami tiada pilihan lain. Demi mendapatkan hasil yang berbeza dan unik cabaran ini harus dilalui,” ujarnya.

Siapa Buka Lampu?

Selaku penerbit dan juga pelakon, Geetha berkata tidak mudah untuknya menggalas tanggungjawab tersebut secara serentak dalam filem seram komedi yang menelas kos sebanyak RM1.3 juta ini.

“Jika jadi penerbit sahaja juga sudah cukup mencabar, begitu juga dengan pelakon kerana setiap tugas ada tanggungjawab serta komitmen yang perlu dilunaskan.

“Tetapi saya harus mengawal tekanan supaya tidak terlihat pada skrin ketika penggambaran.

“Saya tidak mahu kerana tugas penerbit, lakonan saya terjejas. Syukur pasukan produksi dan pengurusan penerbitan banyak membantu,” jelasnya.

Selain Gheetha, filem Siapa Buka Lampu? yang telah mula ditayangkan di pawagam pada 4 Julai lalu turut dibintangi oleh Ammar Titan, Qasrina Karim, Azhar Jalil, Angie Ang, Gesya Shandy, Issey Fazlisham, Bell Ngasri, Tia Tavee, Mamak Puteh dan Geoff Feyaerts.

Artikel Berkaitan: Kontroversi 7 Tahun Lalu Beri Pengajaran Setimpal, Ammar Titan Pernah Dipulau Rakan Industri – “Jangan Mudah Percaya Orang…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 7 Sep 2021
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Featured Thu, 15 Apr 2021

Rentas Daerah Kemungkinan Tidak Dibenarkan Jika…

Umum maklum, keputusan negeri ditangguhkan oleh KKM, justeru Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd Rabin Basir berkata, berdasarkan jumlah kes semasa, beliau khuatir sekiranya aktiviti rentas daerah pula yang tidak akan dibenarkan […]

Featured Mon, 9 Mar 2026

BCL Ambil Waktu Titip Ucapan Terakhir Buat Vidi Aldiano – “Saya Bersyukur Pernah Punya Kamu Dalam Hidup”

Selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari akhirnya meluahkan perasaannya selepas kehilangan rakan karibnya yang juga penyanyi, Vidi Aldiano pada Sabtu.

Hiburan Sat, 26 May 2018

Shakila Suka Ke Dapur Selepas Kahwin

Walaupun suami handal, saya tak boleh culas, tambahan pula inilah kali pertama kami berpuasa bersama!

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

八度空间电视剧《假面2》收视报捷!

正于八度空间热播的『原创强档』中文电视剧《假面2》随着剧集的播出后频频报捷,收视再创新高!

error: Content is protected !!