Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 7, 2024 @ 6:32pm

Bekas Suami Tergamam, Adira Suhaimi Beri Hint Nak Kahwin Semula Dengan Datuk Red? –  “Kita Nak Dengan Awak Saja, Tapi Bukan Sekarang, Lama Sikitlah…”

Keakraban penyanyi, Adira Suhaimi dan bekas suaminya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sering meraih perhatian di media sosial.

Terkini, tular sebuah video mamaparkan Adira seakan memberi hint atau peluang kedua kepada Datuk Red seakan mengajak bekas suaminya itu untuk kembali menjadi suami isteri.

“Kita dah taknak kahwin dah. Kita nak kahwin dengan awak saja,” kata Adira.

Difahamkan, kenyataan Adira itu diluahkan selepas ada individu yang bertanya kepada Datuk Red sekiranya bekas isterinya akan berkahwin dengan orang lain.

Luahan hati Adira itu membuatkan Datuk Red terdiam serta matanya seolah berkaca-kaca.

Dalam video sama juga, pelantun lagu Takdir Tercipta itu bagaimanapun menegaskan bahawa ‘perkahwinan’ itu tidak akan terjadi dalam masa terdekat ini dan perlukan masa yang lebih lama.

“Walaupun tak rujuk, tak kahwin apa, tapi, lama-lama sikitlah. Kita nak kahwin dengan awak saja nanti,” katanya.

Sementara itu, Adira turut berkata dia tidak mempunyai perasaan untuk kembali bercinta kerana malas mengenali orang baharu.

“Malas dah nak pergi bercinta. Kau ingat bercinta ini tak buang duit? Lepas itu, nak makan ayam goreng, saya suka warna hijau, suka warna putih, awak dah makan ke belum.

“Saya ada anak empat orang, tahu? Tak jadi. Susah,” katanya.

@putehhhx

#abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #abgredadira #datoredadira #adirasuhaimiabgred #adirasuhaimidatukred

♬ original sound – putehhhx – putehhhx

Sebelum ini, tindakan spontan Datuk Red yang telah mencium kepala bekas isterinya itu meraih perhatian ramai di TikTok.

Namun begitu, Adira enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Adira Suhaimi

Sekadar info, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu pada 24 April lalu.

Dalam tahun sama, Datuk Red menceraikan isteri pertama, Sharifah Norshafila pada 14 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tindakan Spontan Datuk Red Cium Kepala Adira Suhaimi Buat Ramai Terkejut

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Datuk Red, Adira Suhaimi Lebih Selesa Jadi Kawan, Namun Tak Tolak Sekiranya Berjodoh Kembali – “Kami Dah Berbincang…’

Artikel Berkaitan: Hadir Majis Pertunangan Anak Saudara Datuk Red, Netizen Puji Sikap Matang Adira Suhaimi & Datin Red – “Respect Betul! Dua-duanya Terbaik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

「跌倒女神」Hebe自嘲跌倒跌到来大马!

有「跌倒女神」之称的Hebe田馥甄19日来马为OPPO手机代言站台,踩着高跟鞋的她,二度因为舞台上的“陷阱”差点跌倒,让她不禁自嘲“真的跌倒跌到来马来西亚!”

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

BAALE Bakal Gegarkan Zepp KL Buat Pertama Kali Menerusi Konsert FORTUNA

Peminat muzik alternatif di Malaysia bakal menyaksikan kehadiran BAALE, alter ego muzik bintang Indonesia, Iqbaal Ramadhan menerusi konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur.

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Featured Thu, 15 Dec 2022

Isteri Ebit Lew Keguguran Anak Kelima – “Allah Uji Sebab Sayang…”

Allahuakbar. Semoga kuat menjalani ujian ini dan segera diberikan kesembuhan

Trending Tue, 20 Nov 2018

OMG…Wanita Ini Nekad Masuk Landasan Kejar Pesawat

Difahamkan, Hana sepatutnya menaiki pesawat Citilink dari Denpasar menuju ke Jakarta.

error: Content is protected !!