Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2024 @ 9:36pm

Bawa Watak Bapa Tunggal, Saksikan Lakonan Faizal Hussein Dalam Siri Tonton Eksklusif ‘Baby Papa’

Bagi mereka yang merindukan aksi Hero Malaya ini, jangan lupa saksikan lakonan aktor hebat, Faizal Hussein yang kini tampil dalam siri Tonton Eksklusif, Baby Papa.

Bergandingan dengan pelakon cilik Kirana Batrisya, Faizal menjayakan naskhah yang mengangkat kisah kekeluargaan.

Terbitan Sha’s Media Sdn Bhd, Baby Papa merungkai kisah antara bapa dah anak yang mencari ibu mereka yang membawa diri.

Alisha merupakan seorang anak kecil yang pintar, petah dan positif. Alisha hidup gembira bersama ayah tunggal dan neneknya. Akibat pelbagai masalah peribadi ayahnya Didie menghadapi tekanan perasaan yang telah membawa kepada penyakit kemurungan.

Selepas neneknya meninggal dunia akibat sakit tua, Alisha telah diberikan suatu amanah. Arwah neneknya mahu mereka pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari ibu Alisha yang bernama Rosie.

Berbekalkan sedikit wang yang ditinggalkan neneknya itu, Didie dan Alisha pun memulakan pengembaraan ke Kuala Lumpur untuk mencari ibunya.

Sepanjang perjalanan itu, mereka menghadapi pelbagai dugaan, gara-gara sikap Alisha yang suka membantu orang. Sampai di Kuala Lumpur, mereka dikejutkan pula dengan hakikat bahawa ibunya sudah berpindah daripada alamat terakhir yang ditinggalkan.

Apa yang bakal terjadi terhadap Alisha dan Didie? Jangan lupa saksikan Baby Papa sekarang hanya di Tonton!

Strim siri Tonton Eksklusif Baby Papa, Isnin hingga Khamis sekarang!

Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Apps Store atau Play Store sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Bertuahnya Mawar Rashid!

Untung Mawar, Selain cantik beliau juga bertuah kerana dapat memiliki suami yang romantik seperti Raff. Betul tak?

Featured Tue, 6 Dec 2022

Aksi Dua Jejaka Genggam Tangan Di Masjidil Haram Raih Perhatian – “Bila Takut Terpisah Dengan Sahabat”

Pempengaruh, Kimi Keon dan sahabatnya Zafir Karipap tular di media sosial kerana aksi mereka berpegangan tangan semasa mengerjakan ibadah Umrah. @kimikeonjadikanlah kami semua ini sahabat dunia akhirat ya Allah 🥹❤️ ♬ bunyi asal – a.jamil85 […]

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Sun, 19 Jan 2025
Featured Wed, 4 Jan 2023
Trending Sat, 31 Oct 2020
Hiburan Sat, 28 Jun 2025

[VIDEO] “Buka Aib Orang Puas Sekejap Saja, Tapi Dosa Kekal Selamanya” – Ira Kazar 

Puas hati dedah aib itu sekajap saja tapi akan menyesal sebab tanggung dosa – Ira Kazar

error: Content is protected !!