Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 10, 2024 @ 3:35pm

“Baru-Baru Ini Saya Dapat Satu DM Yang Kutuk Saya Dan Ernie Zakri, Saya Video Call Dia…” Syamel

Penyanyi popular, Syamel mendedahkan dirinya turut pernah menjadi mangsa dalam kes buli siber.

Menerusi sebuah segmen yang disiarkan di sebuah stesen radio popular semalam, pelantun lagu Hidup Dalam Mati ini mengakui pernah dihina warganet suatu ketika dahulu disebabkan warna kulit serta saiz badannya.

Syamel mendedahkan yang baru-baru ini dia menerima satu mesej (direct message) dihantar individu yang tidak dikenali bertindak mengutuk dirinya serta isterinya, Ernie Zakri.

“Baru-baru ini, saya ada dapat satu Direct Message(DM) dari seseorang. Dia kutuk saya, kutuk Ernie semua.

“Then saya ketika itu ada masa lebih, jadi saya layan and video call terus dengan orang itu.

“Bila dah video call, rupa-rupanya budak-budak perempuan umur baru 13 tahun. Saya siap tanya awak nak kene tangkap dengan polis ke cakap macam ni?” kata Syamil menerusi segmen tersebut.

Dalam masa yang sama, ketika ditanya mengenai situasi kes buli siber yang berlaku, Syamel mengakui enggan melayan perkara-perkara negatif yang dilontarkan terhadapnya, serta menasihati orang ramai untuk lebih bersedia sekiranya memilih untuk berkongsi di platform ini.

“Bila dah guna media sosial, kita kena bersedia, sebab kita yang memilih untuk memberi tahu orang tentang keadaan kita.

“Kita tak boleh mengharapkan 100 peratus benda-benda positif dan memang akan ada golongan yang suka tengok orang lain sedih. Mereka yang berkata buruk ini sebenarnya mahu orang notice,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

张智成认「我本来就难搞」不怕被贴标签

睽违两年,张智成将推出专辑「你是不是张智成」,首支新曲《我本来就难搞》全球大首播!

Trending Sun, 20 Jan 2019

Nama Pada Bayi ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ , Apa Maksudnya?

Janggal, Bayi Baru Lahir Diberi Nama ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ Rupanya Bermaksud Ini

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Tasha Shilla Tukar Angin, Bakal Berlakon Di Luar Pula?

Wah…semoga dipermudahkan urusan!

Hiburan Sat, 20 Apr 2019

Beyonce Drops Surprise Album + Netflix Documentary on Coachella 2018

The Queen B sure knows how to treat her BeyHives.

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Fri, 14 Jul 2023
Eat Travel Wed, 31 Jul 2019

Inginkan hidangan ayam unik? Cuba resipi ayam nanas ‘sweet sour’ ini

Paling sedap jika dimakan dengan nasi putih panas.

Hiburan Wed, 25 May 2022

“Saya Malu Tengok Lakonan Sendiri” – Khai Bahar Rasa Tidak Layak Jadi Hero Drama

Khai Bahar merasakan dia tidak layak berlakon watak hero di dalam drama.

error: Content is protected !!