Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 11, 2024 @ 10:42am

Bapa Baby Syifa Positif Dadah Jenis Methamphetamine

Bapa kepada kanak-kanak malang yang meninggal ketika berada dibawah jagaan pengasuh, Baby Syifaa iaitu, Yuseri Yusoff ditahan polis pada Rabu susulan kes penipuan dalam urusan yuran guaman selain didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pada tahun lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menerima beberapa laporan polis yang dibuat dari beberapa individu yang menjadi mangsa berhubung penipuan berkaitan kutipan bagi bayaran guaman.

Memetik laporan Berita Harian, hasil siasatan mendapati semua mangsa berurusan dengan suspek yang mengaku sebagai orang tengah dalam urusan guaman.

“Bayaran dibuat kepada suspek, namun semua mangsa berasa tertipu selepas mendapati wang itu digunakan untuk kegunaan peribadi.

“Sehubungan itu, tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan jumlah kerugian kira-kira RM146,087,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Mohamad Lazim memaklumkan, polis kemudian menyerbu sebuah unit kediaman di Wangsa Maju dan menahan suspek yang berusia 41 tahun selain turut merampas dua telefon bimbit.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine. Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki terbabit ditahan pada jam 2.45 petang oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Apr 2022
Trending Thu, 28 Jun 2018

Penyokong Kecewa Jerman Kalah Dengan Korea

Apa nak buat…bertabahlah ya penyokong bola sepak pasukan Jerman. Buat pasukan Korea, Good Luck untuk perlawanan seterusnya!

Events Wed, 16 May 2018

Beginilah Nilai Kasih Sayang Seorang Isteri Terhadap DSAI

Namun apa yang paling menyentuh perasaan terhadap pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan  ini ialah,  tindakan Datin Seri Wan Aziz Ismail yang dilihat memeluk erat suaminya itu sepanjang DSAI dalam perjalanan menuju ke Istana Negara

Hiburan Fri, 17 Apr 2026

“Mohon Maaf, Harap Boleh Buka Lembaran Baharu & Fokus Perkara Positif” – Muaz Zabir Rayu Henti Ungkit Isu Lama

Mohon maaf, Muaz Zabir meminta agar sesetengah pihak berhenti mengungkit isu lama.

familuv Tue, 18 Dec 2018

5 Kebaikan Membaca Buku Untuk Anak Sebelum Tidur

Pastikan anda membeli buku-buku cerita yang menarik ya!

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Featured Thu, 7 Apr 2022

#SeoulSaranghae: Still Life BIGBANG Kekal Trending #1 Di Youtube

Setelah empat tahun, Still Life memang cukup rasa

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Cili Padi Alasan Vokal Ayu Tak Sehebat Dulu?

Walaupun sibuk di kebun cili, Ayu Damit masih menerima undangan nyanyian.

error: Content is protected !!