Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 12, 2024 @ 9:03pm

Kertas Siasatan Aktor Sado 37 Tahun Pukul Kekasih Dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

Kertas siasatan berhubung pelakon lelaki yang memukul kekasihnya bakal dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu depan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihak mereka menerima laporan polis daripada pengadu untuk menarik balik aduan terhadap aktor terbabit.

“Bagaimanapun, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu depan.

“Pihak polis menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat keputusan apabila kertas siasatan dikemukakan,” katanya.

Sebelum ini, laporan media memberitakan polis sudah mengambil keterangan pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, Ahad lalu.

Shahrulnizam dipetik berkata, lelaki berusia 37 tahun itu hadir bersama bapanya jam 9 malam, kelmarin untuk direkod keterangan.

Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara jam 3 pagi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

Teman lelaki mangsa kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 May 2022
Hiburan Sat, 2 Mar 2019

‘ Bella…Saya Minta Maaf’- Aliff Aziz Sedia Terima Kecaman Warganet

Kesilapan saya pada Allah, biar saya uruskan. Kesalahan saya pada ibu bapa, itu tanggungjawab saya…

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Detik Di ICU Ubah Segalanya, A Aida Tampil Berhijab Semula – “Bertudung Sebab Hati”

A Aida turut memaklumkan hatinya terdetik selepas teringat janji bersama ustaz

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

#Mentor7: Kenapa Aizat Amdan Pantau Gaya Hidup Protege?

Bukan niat nak menyibuk tau, Aizat ada alasan tersendiri mengapa dia begitu mengambil berat bab-bab pemakanan, percakapan termasuklah waktu bersenam.

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Rumah Tangga Fizo Omar- Mawar Bergolak?

Kita doakan yang baik-baik untuk pasangan ini ok!

error: Content is protected !!