Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 13, 2024 @ 8:24pm

Mahu Kembangkan Bisnes… Neelofa, Haris Ismail Rancang Buka Kedai Di Kelantan

Pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail bersyukur dapat melangkah setapak lagi dalam bisnes.

Mengusahakan perniagaan jenama Nunha yang menjual pelbagai produk, mereka bersyukur dapat membuka kedai pertama di pusat membeli belah MyTown, Kuala Lumpur.

“Syukur, perniagaan yang kami berdua usahakan mendapat respons yang sangat positif pelbagai pihak, terutamanya peminat yang tak henti menyokong.

“Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami secara fizikal, selain kaedah pembelian dalam talian,” kata Neelofa.

Neelofa dan Haris ditemui di majlis pelancaran Nunha Store di pusat membeli-belah MyTown, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sementara itu, Haris berkongsi mereka juga menyimpan hasrat untuk membuka cawangan seterusnya di Kelantan.

“Insya-Allah, Nunha Store yang kedua akan dibuka di lapangan terbang di Kelantan, kami sedang usahakan, jadi doa-doakanlah sebab orang Kelantan sukakan produk kami.

“Lagipun kedai Naelofar tiada lagi di Kelantan, jadi kami cuba bertapak di sana. Alhamdulillah, saya juga bersyukur produk kami disambut baik seperti baju dan The Kaabah,” katanya.

Tambah Haris, The Kaabah yang merupakan produk audio mengandungi zikir dan doa sedang menanti kelulusan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Apa yang istimewanya The Kaabah ini adalah saya dan Neelofa sendiri yang rekod suara dan masukkan ke dalam produk terbabit. Ia pun sudah disemak oleh pihak JAKIM dan kami sedang tunggu kelulusan.

“Neelofa baca maksud dan terjemahan Al-Quran dan 33 zikir pagi pula dibacakan oleh saya. Ia mudah dibawa ke mana-mana seperti ke dapur, kereta dan sebagainya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Nov 2018

Teman Lelaki Lamar Dalam Stadium, Bertuah Sungguh Shinna!

“Jom Kahwin Saya Shinna” menjadi bualan antara sosial media platform dimana siapakah gadis bertuah ini

Featured Mon, 29 May 2023
Featured Sat, 9 Oct 2021
Featured Mon, 6 Apr 2026

Kamal Adli Dedah Menangis Persis Budak-Budak Saat Lafaz Cerai, Titip Pesan Buang Ego – “Ikut Saja Kehendak Isteri Selagi Tak Merosakkan Diri”

Pelakon Kamal Adli berkongsi momen paling sukar untuknya apabila mengimbau kembali saat melafazkan talak kepada isterinya bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

‘Sedih Tetapi Dah Terima Hakikat’- Pengarah Drama Nur

Saya berharap peminat tidak kecewa kerana…

Events Wed, 18 Jan 2023
Featured Mon, 30 Jun 2025

Shila Amzah Lancar Lagu ‘Pernah Punya Aku’, Diangkat Dari Kisah Curang POV Ibu Sendiri

Pernah Punya Aku berdasarkan POV kisah curang ibu kandung.

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Betul! Fasha Sandha Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Marilah kita sama-sama tunggu gambar terbaharu dari Fasha dan Aidil okay!

error: Content is protected !!