Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 15, 2024 @ 2:06pm

Hubungan Dingin, Zara Zya Dedah Bapa Kandung Sering Lempar Kata Hinaan – “Ada Ayah, Tapi Macam Tiada!”

Pelakon, Zara Zya mendedahkan hubungannya bersama bapa kandung semakin dingin sehingga sering melemparkan kata-kata hinaan di media sosial.

Menerusi pautan di Threads, Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 38, tampil meluahkan isi hatinya selepas ada pihak menuduhnya sembaragan tanpa usul persiksa.

“Tolong jangan buli dan suka cakap saya bukan-bukan. Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Ayah saya? Sudah berapa banyak akaun palsu dia yang saya sekat. Hina, mengata saya di media sosial.

“Itu atas talian, secara ‘offline’? Semestinya lebih rancak. Pernah wartawan cari saya dan cakap ada seorang lelaki hubunginya, cerita tentang saya, dia kenalkan diri sebagai ayah saya,” tulisnya.

Malah, aktres drama rantaian popular Love You Mr. Arrogant ini turut menegaskan dia mempunyai pelbagai bukti membabitkan perbuatan bapanya itu.

 

Post by @zarazya
View on Threads

 

Sebelum ini,  Zara meluahkan rasa duka apabila dia turut kehilangan rakan akibat penyakitnya itu.

Mei lalu, Zara selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan menjalani rawatan dua sindrom dihadapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

Artikel Berkaitan: “Orang Yang Dulu Kata Suka Kita, Nak Mengorat Pun Lesap” – Diuji Dengan Sakit, Zara Zya Sedih Hilang Rakan Baik

Artikel Berkaitan: “Orang Tengah Sakit, Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin!” – Zara Zya Luah Rasa Kesal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Sis Okay Je, Tak Faham Kenapa Open House Guna Pinggan Plastic Boleh Jadi Isu” – Sheila Rusly

Sheila Rusly memberikan pandangan mengenai isu penggunaan pinggan plastik dalam majlis rumah terbuka yang menjadi perdebatan segelintir netizen.

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

Kurang Aktif Di Media Sosial, Hael Husaini Sibuk Jaga 3 Anak

Penyanyi dan komposer Hael Husaini mengakui kebelakangan ini dia mengambil pendekatan untuk kurang aktif di media sosial. Menggunakan masa di rumah untuk menguruskan tiga orang anak angkatnya, pelantun lagu Jampi ini juga kurang berkongsi mengenai […]

Events Wed, 17 Jul 2019

张栋樑首代言护肤品牌!大胆直接点名素颜女艺人

张栋樑为首代言护肤品牌回马站台!发布会上大胆畅聊「忌讳话题」,直接点名素颜女艺人~

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Saharul Ridzwan Jadi Rapper Pula?

Wow, tak sabar kami nak dengar single terbaru Saharul ni nanti. Sure gempak kan. Yang penting…Saharul tak guna autotune okay!

Kes Mahkamah Fri, 27 Oct 2023
Trending Fri, 21 Aug 2020
error: Content is protected !!