Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 26, 2021 @ 6:44pm

Kurang Aktif Di Media Sosial, Hael Husaini Sibuk Jaga 3 Anak

Penyanyi dan komposer Hael Husaini mengakui kebelakangan ini dia mengambil pendekatan untuk kurang aktif di media sosial.

Menggunakan masa di rumah untuk menguruskan tiga orang anak angkatnya, pelantun lagu Jampi ini juga kurang berkongsi mengenai permata hatinya.

“Saya menjauhkan diri daripada laman sosial untuk ketenteraman diri sendiri. Apabila saya kurang aktif, perkara terbabit secara tidak langsung menghilangkan tekanan saya.

“Buat masa sekarang, saya sibuk menghabiskan masa dengan kerja belakang tabir serta menjaga tiga orang anak saya. Namun begitu, saya selesa untuk tidak terlalu berkongsi mengenai mereka di laman sosial.

“Masa yang ada di rumah sangat sesuai untuk saya gunakan bersama mereka. Lagi pun keadaan pandemik sekarang memang tidak membolehkan saya untuk membawa mereka bercuti atau keluar rumah. Jadi, saya mahu fokus menghabiskan masa bersama mereka,” katanya.

Hael ditemu bual ketika sidang media secara virtual sempena Program Amal COVAiD #BaikSemula anjuran Media Prima Audio (MPA).

Terlibat dalam program terbabit, Hael merasakan ini merupakan satu nafas baharu untuk penyanyi di luar sana.

“Mereka yang terlibat dalam program ini harus membuat persembahan dari rumah. Jadi, ia salah satu cara untuk menghidupkan industri nyanyian dan hiburan tempatan yang sekian lama sepi kerana wabak melanda.

“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi petugas barisan hadapan. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan program ini yang akan berlangsung pada 4 September ini bermula jam 12 tengah malam selama 24 jam dan disiarkan di akaun YouTube Hot FM, Hot TV,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Aug 2019

LOONA’s Huge Popularity in KCON USA, Billboard Declares Them as Global Rookie

Orbits prove that stanning LOOΠΔ was never a mistake and it shows! Congratulations LOOΠΔ!

Featured Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Sat, 10 May 2025
Trending Sun, 17 Apr 2022

Gaji Minimum Perlu Diperhalusi Lagi

Datuk Willie mahu kerajaan perhalusi gaji minimum

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Featured Tue, 2 Nov 2021

Cikgu Bengang Sikap Penghuni Buang Barang Dari Atas Flat – “Mi Segera, Kuah Mi Kari, K*ndom Siap Lend*r Lagi!”

Seorang guru tadika bengang selepas mendapati sisa mi segera dicampak oleh penghuni flat dari atas sehingga mengotorkan bahagian bumbung dan hadapan keretanya. Menerusi temu bualnya bersama mStar, wanita yang mesra disapa sebagai Nina berkata, kejadian […]

Trending Tue, 1 Jan 2019
Featured Thu, 18 Feb 2021
error: Content is protected !!