Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 17, 2024 @ 2:20pm

Niezam Zaidi Terkejut Bekas Kekasih Galak Kongsi Video S*ksi – “Nonny Nadirah Wanita Yang Baik & Kuat Bersedekah”

Pelakon kontroversi, Niezam Zaidi tampil mengulas keadaan terkini bekas kekasihnya, Nonny Nadirah yang semakin galak memuat naik video seksi sejak kebelakangan ini.

Kata Niezam ketika ditemui XTRA, dia berharap dan mendoakan agar Nonny diberikan hidayah dalam menjalani kehidupannya walaupun terpalit dengan kontroversi silih berganti.

Menyifatkan aktres itu sebagai seorang wanita yang baik dan banyak bersedekah, Niezam bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung keadaan Nonny.

“Saya berharap dan mendoakan semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dan mungkin setiap perkara yang berlaku ada hikmah dia. Kita tidak berada di kasut dia.

“Jikalau saya terkejut, apatah lagi keluarga dia. Kita doa yang baik-baik sahaja untuk dia sebab satu hari nanti kita pula yang akan kena.

“Hikmah yang saya dapat adalah kita doa yang elok-elok kerana saya tidak boleh kata apa terhadap orang lain kerana itu bukan hak saya,” ulasnya.

Niezam berkata demikian ketika ditemui media untuk drama terbaharunya berjudul Hai Cinta, Dengarkanlah yang diadakan di Sri Pentas, Petaling Jaya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Niezam, 31, mengaku tidak mengikuti selebriti itu di platform media sosial dan hanya mengetahui mengenai perkembangan Nonny melalui rakan-rakan terdekat.

Namun begitu, Niezam tidak menafikan dia menerima banyak mesej langsung (DM) yang bertanya mengenai keadaan Nonny.

“Selagi saya boleh layan, saya layan termasuklah melalui DM. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Meski nama Nonny teruk menjadi bualan netizen, namun Niezam menganggap bekas kekasihnya itu seorang hamba yang baik.

“Apa yang saya nampak dia seorang hamba yang baik. Sangat suka bersedekah dan menjaga keluarga. Saya tak nampak benda lain. Saya nampak yang baik sahaja.

Dalam pada itu, sebagai seorang yang pernah rapat dengan Nonny, Niezam bagaimanapun sempat menitipkan ucapan dan mendoakan segala dugaan dan ujian yang terpalit adalah hikmah dan tanda bahawa Allah maha penyayang.

“Allah sayang kita, kadang kita tak tahu apa yang Allah siapkan untuk kita. Jadi inshaa-Allah, saya pesan untuk diri saya juga,” ujarnya.

Terdahulu, Nonny dan Niezam pernah menjalin hubungan istimewa sekitar Jun 2020.

Malah, hubungan mereka pernah hampir melangkah ke alam perkahwinan namun Nonny membatalkan pada Oktober 2020 tanpa menjelaskan punca sebenar.

Sebelum ini, Nonny pernah mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video membotakkan kepala dan menari sambil bertuala, selain pernah memuat naik foto separuh bogel, berendam dalam baldi.

Manakala, dalam hantaran berlainan, Nonny menegaskan dia hanya sekadar menjual produk dan tidak akan menjual tubuh badannya semata-mata demi cepat kaya.

ARTIKEL BERKAITAN:Makin Panas! Berkemban & Terk*ngkang Sambil Promosi Produk…. Nonny Nadirah Buat Hal Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Tampil Botak, Kongsi Video Bertuala… Nonny Nadirah Belanja Aksi Basuh Rambut

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba Buka Baju, Botakkan Rambut… Imej Terkini Nonny Nadirah Raih Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Ligat Menari Sambil Berkemban, Nonny Nadirah Cetus Kontroversi Lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 2 Jan 2025

Pertama di Malaysia! Berita Harian & Harian Metro Lancar Ringkasan Pantun AI

Berita Harian Online dan Harian Metro Online telah melancarkan ciri inovatif yang menggabungkan tradisi Malaysia dengan teknologi canggih iaitu Ringkasan Pantun AI.

Hiburan Thu, 21 Dec 2023

Ainan Tasneem Nak Buat Mini Konsert? Siap Ada Sesi Tazkirah Daripada Ustazah & Terbuka Untuk Perempuan Sahaja

Ainan bakal adakan mini konsert? Bila tu? Min sangat-sangat excited😍😲

Hiburan Fri, 12 Jan 2024
Hiburan Sat, 26 Apr 2025
Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Cantiknya Khadijah Alkubraa Nama Anak Ketiga Saharul Ridzwan!

Pelakon Saharul Ridzwan menimang anak ketiga pada Sabtu lalu. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Saharul di laman Instagramnya yang memaparkan dia sedang mendukung puteri ketiganya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati. “Subhanallah, Alhamdulillah, […]

Trending Mon, 10 May 2021

Sebaknya! Air Mata Tumpah Lepas Tonton Filem Pendek Raya ecoBrown’s… Wajib Tengok!

Mudah untuk mengatakan saya sayang ibu dan ayah saya. Namun, adakah dengan ungkapan ini sahaja sudah mampu membuktikan kasih sayang kita kepada mereka? Tampil mengetengahkan tema kekeluargaan, tahun ini jenama beras terkemuka ecoBrown’s mencuri tumpuan […]

Trending Thu, 28 Apr 2022
error: Content is protected !!