Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 17, 2024 @ 6:47pm

Unfollow Datuk Red Di Media Sosial, Adira Suhaimi Nak Jaga Pandangan & Hati

Penyanyi, Adira Suhaimi menjelaskan tindakannya tidak mengikuti akaun media sosial bekas suami, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red selepas mereka sah tamat tempoh idah.

Memetik laporan mStar, Adira berkata keputusan yang diambil itu adalah untuk menjaga hati dan pandangan mereka demi memastikan hubungan mereka sentiasa baik.

“Sebenarnya ia untuk menjaga pandangan, hati dan mata sahaja. Ia bagus supaya hubungan kami akan sentiasa baik.

“Saling tidak mengikuti di media sosial ini tidak bermakna kami bergaduh sebab kami akan berjumpa juga kerana dia bapa kepada anak-anak kami.

“Cuma hubungan kami sudah bertukar menjadi orang luar,” katanya.

Adira Suhaimi

Sementara itu, pelantun lagu Takdir Tercipta ini akan terus meneruskan hubungan yang baik bersama Datuk Red serta tidak kisah untuk menjalinkan kerjasama dalam perniagaannya.

Sebelum ini, pada 15 Julai lalu, Datuk Red berkata tempoh idah bersama Adira telah selesai selepas mereka bercerai talak satu pada 24 April lalu.

Dalam masa yang sama, Datuk Red turut memaklumkan tempoh idah bersama bekas isteri pertamanya, Sharifah Norshafla juga telah berakhir selepas berpisah pada pada 14 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: Tempoh Idah Dengan Bekas Isteri Kedua Selesai, Datuk Red Kenang Jasa Adira Suhaimi – “Terima Kasih Sayang Jadi Asbab Saya Dikenali, Boleh Berniaga…”

Artikel Berkaitan: Bekas Suami Tergamam, Adira Suhaimi Beri Hint Nak Kahwin Semula Dengan Datuk Red? –  “Kita Nak Dengan Awak Saja, Tapi Bukan Sekarang, Lama Sikitlah…”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Sep 2025
Featured Wed, 5 Nov 2025

Ernie Zakri Angkat Pop Moden Berunsur Funky, Single ‘Dansa’ Tampil Mesej Positif

Ernie Zakri, kembali dengan buah tangan terbaharunya berjudul Dansa.

Hiburan Wed, 6 Nov 2024

“Ketika Ditimpa Ujian, Ada Rakan Selebriti & Pempengaruh Jauhkan Diri” – Mahu Terus Bangkit, Che Ta Pot Pet Kekal Positif

Ada rakan selebriti & pempengaruh jauhkan diri selepas Che Ta Pot Pet ditimpa ujian.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

TERBAIK! Estranged Jual CD Bantu Perkampungan Di Sabah

Jom dapatkan CD single Milikku hari ini, sambil membeli boleh kita menderma!

Trending Tue, 2 Dec 2025

Tidak Ada Lamaran Formal, Erra Fazira Dirisik 6 Minggu Lalu.. Anak Beri ‘Green Light’

Kata Erra, lamaran terjadi apabila kedua belah keluarga berjumpa buat pertama kali.

error: Content is protected !!