Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 18, 2024 @ 6:24pm

Pernah Teruk Dikecam, Shukri Yahaya ‘Serik’ Berlakon Babak Intim

Pelakon, Shukri Yahaya mengakui sudah serik untuk melakonkan babak intim selepas namanya teruk dikecam netizen ekoran babak kontroversi dalam bilik air bersama aktres, Alya Iman sebelum ini.

Kata aktor drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku ini kontroversi lalu memberi impak terbesar dalam kariernya sebagai pelakon untuk lebih berhati-hati dan mengelak babak tersebut.

“Saya tak nak buat drama terlalu intim, nak cuba elakkan. Contohnya ada babak dalam bilik air ke, saya belajar daripada kesilapan terdahulu.

“Sebenarnya, ketika isu itu terjadi saya tak ambil kisah, tetapi komen-komen itu ada sampai sekarang.

“Malah, saya post teaser untuk drama terbaharu, Hai Cinta, Dengarkanlah ini pun ada yang komen ‘harap belajar daripada kesilapan’, jadi saya rasa oh, diorang masih ingat lagi,” katanya.

Shukri berkata demikian ketika ditemui di sesi temuramah untuk drama terbaharunya berjudul Hai Cinta, Dengarkanlah yang diadakan di Sri Pentas, Petaling Jaya pada Rabu.

Shukri Yahaya

Mengulas lebih lanjut, Shukri berkata babak di bilik air dalam drama sensasi yang ditayangkan sekitar Januari lalu itu sekadar untuk memberi gambaran kepada penonton mengenai isu kecurangan.

“Dari segi pandangan saya mungkin cara itu nak di portraykan untuk penonton nampak kecurangan.

“Tetapi, mungkin saya rasa sebab status saya yang sudah bersuami dan bapa. Jadi silaplah. Saya tak akan buat lagi, seriklah

“Kalau ada berlakon babak atas katil, sebagai pelakon lelaki kena ada halal gap juga.

“Misal kata kalau dia pandang sana, kita pandang arah lain. Kalau dia dalam selimut, saya di atas selimut. Mengelakkan fitnah tu kalau boleh,” tuturnya lagi.

Shukri baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Blood Brothers bersama pengarah, Syafiq Yusof.

Kini, Shukri sibuk menjalani penggambaran drama terbaharunya, Hai Cinta, Dengarkanlah bersama aktres Anna Jobling, dan aktor, Niezam Zaidi.

Artikel Berkaitan: Dedah Ada Pihak Cuba Nak ‘Batu Api’, Shukri Yahaya Akui Bersalah Dengan Isteri Lakonkan Babak Panas

Artikel Berkaitan: Didakwa Lakonkan Aksi Berunsur ‘Soft Porn’, Shukri Yahaya Tampil Mohon Maaf – “Saya Terlampau Bersungguh-Sungguh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 May 2018

Muntah Darah Dan Pengsan, Aqish Alami Masalah Jantung

Sama-samalah kita doakan yang terbaik agar pelakon yang pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 ini sembuh seperti sedia kala dan terus mewarnai industri seni tanah air

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Kasih Iris Leona Boleh Ganti Fazura

Anak Dara Azhar Sulaiman Jadi Perhatian, Boleh Ganti Fazura

Hiburan Fri, 4 Oct 2019
Events Fri, 10 Aug 2018

Jurnal Minggu Ke-4 : #daiTV3 Selami Jiwa Penghuni Tanjung Rambutan

Jurnal Minggu Ke-4 : Membawakan tema Kasih Sayang Dan Kekeluargaan sambil menyelami jiwa dan kehidupan penghuni Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak

Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Fri, 25 Jul 2025

Nama Baik Tercalar Akibat Isu Rumah Tangga, Miera Leyana Mohon Bekas Madu ‘Move On’

Pelakon Miera Liyana seakan sudah bosan dengan tindakan bekas madunya, Adibah Abdul Mutalib.

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
error: Content is protected !!