Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 19, 2024 @ 1:10pm

“Perut Pernah Membusung & Pendarahan Selama Berbulan-Bulan..”- Aishah Dedah Pernah Disihir, Enggan Sertai Pertandingan Nyanyian Lagi

Penyanyi berpengalaman, Datuk Aishah mendedahkan dirinya pernah menderita disebabkan perbuatan amalan sihir.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 59, memaklumkan dia pernah menanggung derita perut membusung serta pendarahan selama berbulan-bulan.

Tambahnya lagi, dia enggan bercerita perkara ini secara terbuka kerana tidak mahu dianggap cuba meraih simpati.

“Kalau cerita ada pula yang tidak percaya, ada yang kata ‘alah dah kalah, terima sajalah’. Benda ini pula tak ada sijil atau bukti nak cakap perbuatan sihir.

“Jadi, nak cerita lebih-lebih pun susah, ada yang  bersikap sinis,” katanya.

Aishah ditemui XTRA ketika acara makan tengah hari bersama media dan peminat di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Janji Manismu ini, pekara sihir ini merupakan titik noktah buatnya untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian di Malaysia lagi.

Dalam pada itu, Aishah turut berharap mana-mana pihak yang menyertai sesuatu pertandingan, untuk bersaing secara sihat dan bukan berlandaskan pada ilmu hitam demi mendapatkan kemenangan.

“Kita kena ubah mentaliti kita. Kita sudah maju, negara kita pun sudah ada bangunan antara paling tinggi di dunia tetapi mentaliti masih di belakang.

“Bila masuk pertandingan, compete lah secara sihat dengan kebolehan yang Allah kurniakan dan kita perlu ada keyakinan itu.

“Kalau dah bercampur aduk seperti ini, saya pun jadi letih,” kata Aishah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Bakal Ibu Mertua Puji Nick Jonas Matang

Pasangan ini dilaporkan bakal berkahwin tak lama lagi dalam suasana penuh gemilang dan perkahwinan bakal diadakan bertemakan tradisi India.

Featured Mon, 13 Apr 2026

“Dunia Akhirat Saya Ada RM28 Je”- Azar Azmi Kongsi Detik Sukar Selepas Dibebaskan

zar Azmi berkongsi detik paling sukar dalam hidupnya apabila mendedahkan pernah berada di titik terendah sehingga hanya memiliki RM28 selepas dibebaskan daripada tahanan polis.

Trending Sun, 28 Nov 2021

“Golongan Dewasa Sehingga Kanak-Kanak Semua Bagi Respons Positif” – Alyah Terkejut Ramai Gemarkan Single ‘Thank You Allah’

Jika diperhatikan di laman sosial terutamanya di laman Instagram, lagu Thank You Allah nyanyian Datin Alyah sering digunakan oleh semua golongan masyarakat sehingga ke hari ini. Biarpun lagu itu dilancarkan pada April lepas, ramai pengguna […]

error: Content is protected !!