Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 19, 2024 @ 1:50pm

Cabar Diri Dalam Drama Bersiri Tonton Eksklusif ‘Dara & The Gang’, Shasha Abedul Seronok Bawa Watak Gadis Gangster

Menjayakan watak gadis kasar, pelakon Shasha Abedul seronok membawakan karakter Dara dalam drama bersiri Tonton Eksklusif, Dara & The Gang.

Dikenali dengan perwatakan ayu dan manja, Shasha diberi cabaran memegang watak nakal yang tentunya mencuit hati penonton.

“Saya seronok dengan watak yang diberikan oleh pengarah. Watak Dara yang saya pegang kali ini adalah lebih sempoi dan kelakar dan membuatkan saya terkenang zaman nakal masa kecil dulu.

“Ramai yang kata raut wajah saya yang lembut dan tertanya-tanya, boleh ke Shasha Abedul membawakan watak lain? Sudah tentulah boleh!” kata Shasha.

Tambah pelakon drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta itu, dia mahu menjadi pelakon serba boleh yang mampu menyahut cabaran membawakan pelbagai watak.

“Impian saya nak menjadi pelakon yang versatil yang boleh bawakan pelbagai watak seperti serius, naif, antagonis dan macam-macam lagi.

“Dapat pula gang sekepala seperti Erysha Emyra dan Arena Wan, buatkan penggambaran ni rasa enjoy sangat. Jangan lupa tau untuk tengok saya sebagai Dara Gangster nanti,” katanya lagi.

SINOPSIS

Dara & The Gang mengisahkan mengenai kehidupan harian Dara, seorang gadis yang sempoi dan lucu. Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

Menurut Shasha Abedul yang memegang watak Dara, dia seronok dengan watak yang diberikan oleh pengarah.

“Watak Dara yang saya pegang kali ini adalah lebih sempoi dan kelakar dan membuatkan saya terkenang zaman nakal masa kecil dulu. Ramai yang kata raut wajah saya yang lembut dan tertanya-tanya boleh ke Shasha Abedul ni bawakan watak lain?

“Sudah tentulah boleh! Sebab impian saya nak menjadi pelakon yang versatil yang boleh bawakan pelbagai watak seperti serius, naif, antagonis dan macam-macam lagi. Dapat pula gang sekepala seperti Erysha Emyra dan Arena Wan, buatkan penggambaran ni rasa enjoy sangat. Jangan lupa tau untuk tengok saya sebagai Dara Gangster nanti,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gang nukilan Amarilis Rahim.

Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan skrip pula hasil nukilan Dr. Mohd Shahremy Ikmal.

Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul, Erysha Emyra dan Arena Wan, bakat muda yang menyerikan persada seni dalam Dara & The Gang.

Tandakan kalendar anda dengan Dara & The Gang bermula 15 Julai 2024, setiap hari Isnin hingga Rabu di platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store. Anda juga boleh strim Tonton secara HD eksklusif di Smart TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Tiara Tertekan, Harap Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL 2020) Dapat Sambutan

Pernah menonton pementasan PGL yang dahulu…set dan lakonan sangat mantap!

Events Thu, 25 Apr 2019

郑伊健不畏艰难!演唱会想挑战更高难度

现年51岁郑伊健不畏艰难,演唱会想挑战更高难度。“能多做一次就一次!”

Hiburan Sun, 25 May 2025

Tamat Zaman Bujang di Usia 48 Tahun, Qi Razali Nikahi Jurusolek

Selamat pengantin baru Qi Razali & Wardah Hayati!

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

《双世宠妃2》与《千年来说对不起》演员来马宣传

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》中国演员和《千年来说对不起》新加坡演员将来马宣传,与剧迷粉丝们一起同欢共乐!

Trending Thu, 5 Dec 2019

Paus Sperma Ditemui Mati Terdampar

Derita Perut Dipenuhi 100 Kg Sampah Sarap

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Foto Mesra Noor Nabila Dengan Jejaka Berjambang Undang Spekulasi

Foto mesra Noor Nabila bersama seorang jejaka berjambang cetus spekulasi.

Hiburan Tue, 27 Sep 2022
Featured Wed, 21 Apr 2021

Persoal Cinta Kepada Ilahi, Autotune Band Dan The Truth Tampil Menerusi Bukti

Pernah viral menerusi cover Panama versi dakwah di YouTube Malaysia, Autotune Band tampil berani mempersoalkan bukti cinta sebenar umat Islam dalam sebuah karya baru bertajuk Bukti. Bukti membawakan mesej mengenaj kecintaan kita kepada llahi. Hari […]

error: Content is protected !!