Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2024 @ 8:22pm

Alamak! Riena Diana ‘Cuba’ Noki Pulak Ke? Jangan Lupa Saksikan ICSYVMY7 Minggu Ini!

“Tak pernah berlaku dalam I Can See Your Voice tau!”, komen Izzue Islam!

Huru-hara! Perkataan ini sesuai untuk menggambarkan episod I Can See Your Voice Malaysia musim ke-7 (ICSYVMY7) kali ini.

Minggu ini, ICSYVMY7 memberi kejutan apabila menambah seorang lagi artis jemputan dan panel penyiasat ketika dipertengahan rancangan.

Ayie Floor 88 yang diperkenalkan sebagai artis jemputan pada mulanya, merasa ‘pening’ untuk membuat pilihan setelah menyingkirkan seorang penyanyi sebenar.

Komen Izzue setelah Ayie meminta bantuan talian hayat: “Ini tak pernah berlaku dalam I Can See Your Voice tau! Tak mengapa, kita bantu Ayie.”

Dengan melompat gembiranya Ayie berkata: “Tak pernah sangka saya anak emas TV3.”

Pihak produksi membuat kejutan buat pertama kalinya dengan membawakan Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi sebagai artis jemputan tambahan dan panel penyiasat jemputan untuk membantu Ayie.

Noki K-Clique yang hadir sebagai panel penyiasat jemputan, meniru aksi lakonan sebagai seorang Guru Besar telah mengundang rasa terkesima Riena Diana sambil ‘mengayat’ Noki dengan mengatakan: “Saya sanggup datang sekolah jika Noki jadi Guru Besar!”

Tidak lekang dari bibir Riena mencuba Noki. Bell yang terkenal dengan kata-kata spontan pantas menempelak apabila Riena asyik mengikut pilihan Noki.

Bertambah huru-hara apabila dua penyanyi sebenar tersingkir. Bell dengan selambanya memarahi Ayie dan Adira apabila mereka berdua tidak mendengar katanya,

Walaupun tiada langsung bakat menari, Bell tetap ingin menunjukkan ‘skill’ tarian huru-haranya apabila dicabar oleh Izzue dan Shiha Zikir kerana asyik mengkritik tarian peserta penyanyi misteri.

Memang gamat kali ini dengan gelagat dari panel penyiasat yang tidak duduk diam sehinggakan Izzue dan Shiha yang sememangnya sentiasa ‘full with energy’, tidak dapat mengawal pergerakkan mereka.

Naim Daniel yang datang dengan konsep Arab digelar ‘Habibi’ mengusik Ayie dengan mengatakan: “Nama pendek Ayie dalam bahasa Mandarin adalah Wong, akan tetapi nama sebenarnya ialah Something Wrong.”

Aksi mencuit hati ini berlaku apabila penyanyi misteri nombor empat menyatakan dia adalah penterjemah bahasa Mandarin. Adakah disebabkan perkara itu, Ayie akan terpedaya dengan penyanyi misteri nombor empat?

Gelagat Ayie dan juga Adira yang keras kepala dan tidak mahu menerima pendapat membuatkan panel penyiasat stress dengan pilihan yang dibuat oleh Ayie dan Adira.

Adakah Ayie menerima kesemua pendapat daripada Noki dan Riena? Atau adakah Ayie akan jadi lebih keliru?

Episod ICSYVMY 7 minggu ini menjemput penyanyi yang dikenali ramai iaitu Ayie Floor 88 dan juga Adira Suhaimi. Penyiasat jemputan kali ini merupakan penyanyi rap terkenal dan pelakon drama, Noki berganding dengan Emma Suhaimi yang juga merupakan penyanyi duo yang pernah bertanding bersama Adira di pentas Famili Duo.

Dapatkah penyanyi jemputan minggu ini membuat keputusan yang tepat dengan bantuan panel penyiasat? Adakah kepintaran mereka akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyingkirkan penyamar bersuara sumbang atau sekadar menghuru-harakan pentas ICSYVMY7 sahaja?

Jangan lupa saksikan episod kelima yang akan bersiaran pada hari Ahad ini, 21 Julai 2024. Ayuh menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 yang bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3.

Penonton juga boleh strim secara langsung dalam HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Kini tiba masanya untuk anda memulakan misi baharu dan melakukan siasatan anda bersama keluarga menerusi ICSYVMY7.

Bagi merancakkan lagi perbualan di laman media sosial, jangan lupa untuk gunakan tanda pagar #ICSYVMY7.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Cantiknya! Betul Ke Zulin Aziz Kahwin Pagi Ini?

Ia bukan gimik kerana lagu ini sudah lama siap dan patut dinyanyikan pada hari bahagia saya. Dengar tu, bukan gimik tau!

Featured Sat, 4 Apr 2026

“Perintah Hak Lawatan Anak Dilanggar Sebanyak 6 Kali, Bakal Fail Semula Permohonan Prosiding Komital Terhadap Fazura” – Peguam Fattah Amin

Akberdin mengakui disebabkan hak lawatan sering terhalang, ia sekali gus menjejaskan hubungan antara Fattah dan Fatima.

Featured Sat, 22 Nov 2025

Peserta Misi Kemanusiaan GSF Terkilan, Penganjur Batalkan Program Gara-Gara Tak Popular?

Haikal mengakui pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam terhadapnya.

Featured Wed, 6 Oct 2021
Trending Wed, 21 Apr 2021

“Berikan Ruang…” – Sajat Jadi Buruan Pihak Berkuasa, Aliff Syukri Mohon Hentikan Kutukan

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat rakannya, Nur Sajat yang kini menjadi buruan pihak berkuasa. Pelantun lagu Abang Nak Tegur itu turut meminta agar orang ramai […]

Trending Fri, 21 Oct 2022

Eleh He Eleh! Rupanya Lagu Viral Nyanyian Timah Ini Ciptaan Faizal Tahir

Lagu Eleh He Eleh nyanyian bintang cilik, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan sapaan Timah menjadi perbualan semenjak minggu lalu. Persembahan Timah yang menyampaikan lagu terbabit di sebuah program televisyen menjadi perbualan […]

Trending Sat, 27 Oct 2018

‘Tak Apa, Muntah Je…’, Gambar Abang Bomba Pangku Si Comel Curi Tumpuan Netizen

Salute! Abang Bomba ni memang terbaik, semoga terus dilindungi Allah SWT ketika menjalankan tanggungjawab.

error: Content is protected !!