Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 23, 2024 @ 6:39pm

“Nak Cover Salah Tiba-Tiba Buat Doa Selamat, Berbakti Kat Anak Yatim” – Rita Rudaini Perli Siapa Tu?

Perkongsian terkini pelakon jelita, Rita Rudaini meraih perhatian di media sosial selepas dia tampil menegur segelintir pihak yang seakan ‘menunggang agama’ demi menutup kesalahan sendiri.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), aktres filem popular Mami Jarum itu menganggap tindakan tersebut dilakukan hanya untuk memuaskan hati individu tersebut.

“Kadang-kadang nak cover nalu dan nak cover salah mulalah nak explain panjang-panjang. Contoh, tiba-tiba teringat nak buat doa selamat. Tiba-tiba teringat nak berbakti kat anak yatim.

“Mungkin boleh nampak baik, suci dan murni… Mungkin? Mula lah ‘menunggang’ apa saja yang boleh ditunggang.

“Hati meronta-ronta nak buat live, nak posting quite suci ni macam-macam.. Benda tu semua nak sedapkan dan puaskan hati sendiri.

Rita Rudaini

Sebaliknya, Rita berkata perbuatan lebih baik yang perlu dilakukan adalah untuk berdiam diri bagi mengelak keadaan semakin keruh.

“Dik, memang susah kita nak puaskan hati orang dan tak perlu pun. So lebih baik diam supaya tak ada timbul isu baru yang boleh buat orang marah, annoying, salah faham or apa-apa je lah,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Rita tidak menjelaskan mesej tersebut dituju kepada siapa.

Artikel Berkaitan: Kongsi Pengalaman Ditahan SPRM, Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Pasangan Suami Isteri Pempengaruh – “Tak Payah Ulas, Nanti Ada Yang Anggap Benda Kena Gari Ni Seronok”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 22 May 2022
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Jangan ‘bawa mulut’ Si Bayi Pipi Merah Belum Melihat Dunia!

Penyanyi ‘Jerat Percintaan’ ini ternyata masih belum bersalin walau pun kini Mac hampir berakhir.

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Dunia Glamour Dah Habis – Adi Putra

Jujurnya, saya tidak lagi berharap untuk nama saya sentiasa di atas.

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

DAPHNE IKING KINI BERHIJAB?

Apa yang memeranjatkan ialah menerusi laman instagram beliau, Daphne dilihat memakai jubah lengkap bertudung dan kalau dilihat menerusi ruangan status tersebut Daphne siap mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau

Featured Tue, 7 Sep 2021
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

沙米尔等你《来爱》!首支单曲飞中国录音

李佩玲的同门师弟Meer Nash沙米尔经过筹备、培训1年后,他终于以首支单曲《来爱》正式出道!

error: Content is protected !!