Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 24, 2024 @ 7:03pm

[VIDEO] “Jangan Tunggu Lama-Lama, Jin Toncet Tak Suka…” – Umie Aida Usik Adira Suhaimi Kembali Bercinta Dengan Datuk Red

Pelakon, Datin Seri Umie Aida menitipkan pesanan kepada penyanyi, Adira Suhaimi yang kini kembali menjalin cinta bersama bekas suami, Datuk Red.

Menerusi video tular di platform TikTok, Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51 berkata kepada Adira untuk tidak terlalu lama bercinta kerana bimbang dengan gangguan syaitan.

“Kalau boleh, bila hati dah berputik cinta jangan lama-lama kerana syaitan tak suka tengok pasangan bersatu semula. Nanti dia akan timbulkan sesuatu angkara yang membuatkan hati jadi tawar.

“Bila cinta tengah mekar, dimulakan dengan semangat untuk bersatu. Jangan tunggu lama-lama, nanti jin toncet kacau,” usiknya dalam video siaran langsung itu.

Sementara itu, Umie turut memuji Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Sri Adnan Abu seorang hamba Allah swt yang baik dan segala urusannya dipermudah meskipun teruk diuji.

“Adira patut bersyukur sebab Allah berikan sokongan daripada orang ramai walaupun Datuk mengalami cabaran dalam ujian yang dia lalui

“Itu rezeki yang awak sendiri tak fikir perkara itu akan berlaku. Mesti hati dia (Datuk Red) baik yang suka bantu orang,” katanya dalam video tersebut.

@moderatornan

JagaÂČ jin toncet @abg red #abgred #datored #adirasuhaimi #umieaidaofficial #kawin #malaysia #indonesia #brunei #mstar

♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – đ‘”đ’đ’đ’“đ’Žđ’‚đ’đ’”âŠïžŽđ“†™

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 21,000 tontonan, 1,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Sebelum ini, Datuk Red memaklumkan dia mempunyai perancangan untuk memperisterikan semula Adira pada Aidilfitri tahun hadapan.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Pertama Harap Datuk Red Bahagia Bersama Adira Suhaimi

Artikel Berkaitan: Penceraian Beri Tamparan Hebat
 Datuk Red, Adira Suhaimi Rancang Nikah Aidilfitri Depan – “Nak Selesaikan Hutang Dahulu”

Artikel Berkaitan: Tempoh Idah Dengan Bekas Isteri Kedua Selesai, Datuk Red Kenang Jasa Adira Suhaimi – “Terima Kasih Sayang Jadi Asbab Saya Dikenali, Boleh Berniaga
”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 12 Feb 2018

HERE’S A LIST OF THE AJL32 WINNERS!

The 32nd Anugerah Juara Lagu ended with an overwhelming response from fans and viewers. Did you catch who the winners are? Here’s a list of all of them.

Featured Wed, 16 Aug 2023
Selebriti Wed, 19 Nov 2025

Lebih Banyak Keseronokan Menanti Menerusi ‘REAL ke AI?!’

Bukan sekadar meneruskan cabaran ‘Real atau AI’, inisiatif ini turut berkongsi alatan AI berguna yang mungkin sudah biasa digunakan umum.

Events Fri, 21 Sep 2018

Jurnal Minggu Ke-10 : Menelusuri Rehlah Nabawiyyah

Saksikan Da’i untuk minggu ke-9 malam ini hanya di TV3!

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Zayn Malik Kembali Solo

Malik, bekas anggota kumpulan penyanyi Britain, One Direction, dan Hadid, model bagi Victoria’s Secret, Fendi dan Tommy Hilfiger, tidak memberikan punca perpisahan mereka.

error: Content is protected !!