Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 24, 2024 @ 1:28pm

“Saya Letakkan Semuanya Kepada Allah” – Belum Fikir Soal Pengganti, Mawar Rashid Enggan Ulas Soal Jodoh

Pelakon Mawar Rashid mengaku dia enggan terburu-buru mencari pengganti mahupun bercakap mengenai jodoh.

Katanya memetik laporan mStar, walaupun bercerai sejak November tahun lalu, namun sehingga kini fokusnya hanya diberikan kepada anak-anaknya.

“Soal jodoh itu bukan fokus saya. Saya hanya mahu fokus pada diri dan anak-anak sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, pemilik nama penuh Wan Mawar Shahputri Wan Rashid ini bagaimanapun, dia menyerahkan segalanya kepada perancangan Allah SWT.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa yang tidak baik tentang jodoh kerana itu satu doa. Apa pun saya letakkan semuanya kepada Allah.

“Kalau ada jodoh ada lah… tapi kalau tiada saya reda,”  jelasnya.

Dalam pada itu, Mawar memaklumkan, hubungan anak dan suaminya baik-baik sahaja kerana mereka akan bergilir-gilir menjaga dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah.

“Kami bergilir-gilir menjaga anak-anak. Pada hari biasa mereka akan bersama saya dan hari minggu anak-anak akan dijaga olen bekas suami,” kongsinya.

Sekadar info, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

Sebelum ini Mawar mengesahkan punca perceraian adalah disebabkan sudah tiada persefahaman diantara kedua belah pihak.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 18 Sep 2018

Beli Ubat Hormon Mencecah RM 1 Juta, Rosmah Bakal Hadapi 20 Pertuduhan

RM 1 juta untuk produk keremajaan kulit Datin Rosmah Mansor!

Featured Wed, 11 Jan 2023

Leona Balik UK, Azhar Sulaiman Nasihat Jangan Ada Kekasih – “I Ada 10 Boyfriend!”

Pelakon Azhar Sulaiman memberi nasihat kepada anaknya, Kasih Iris Leona sebelum berangkat pulang ke United Kingdom. @azharbsulaimanBalik UK dah Leona…. Have a Safe Flight Bambam….♬ original sound – 𝓛𝓪𝓷𝓼669💎 – 𝓛𝓪𝓷𝓼💎 Menerusi perkongsian Azhar di […]

Featured Sun, 2 Sep 2018

Anugerah Berprestij ABPBH Kembali Lagi, Jom Undi Artis Kegemaran Anda!

Tahun lepas, Fattah Amin dah menang kereta. Tahun ini siapa pula?

Hiburan Sun, 30 Nov 2025
Hiburan Tue, 29 Jan 2019

‘Saya Tidak Sempurna’, Selepas Emma Maembong, Syed Abdullah Tampil Akui Kesilapan

Semua orang buat silap dalam kehidupan… maafkan mereka ok?

Trending Fri, 3 Nov 2023
Featured Tue, 23 Jul 2024

Bekas Isteri Andika Putera ‘Spill The Tea’… Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Dengan Staff Sendiri -“Dah Bersayang, Ber-B Bagai Tak Curang Ke?”

Alamak, bekas suami kata fitnah besar… Tapi, bekas isteri siap mengaku bekas suami curang sejak tahun 2020🔥🔥🔥

error: Content is protected !!