Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 24, 2024 @ 4:02pm

“Sebab Tu Lah Saya Paling Pantang Dengar Kes Buli Ni” – Ulas Isu Zulfarhan, Rita Rudaini Anggap Budaya ‘Pulau’ Perbuatan Jahat

Pelakon Rita Rudaini semakin lantang menyuarakan pendapatnya mengenai beberapa isu tular menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Rita sekali lagi menegaskan bahawa isu buli di asrama adalah perkara serius yang harus diambil perhatian apatah lagi budaya pulau pelajar sekolah yang mengambil tindakan mengadu kepada keluarga harus dihentikan segera.

Malah, dia juga memaklumkan kepada anak-anaknya agar tidak takut bahawa budaya ‘pulau’ atau gelaran ‘bar*a’ yang diberikan adalah tindakan dan permainan orang jahat yang takut perbuatan mereka diketahui ramai.

“Sebab itulah saya memang paling pantang dengar buli ni. Kalau dekat asrama, mereka ni tak boleh mengadu kalau kena buli. Nanti akan dipanggil bar*a, akan dipulau.

“Budaya macam ni pun ada juga pengurusan dan cikgu menyokong dan pulau pelajar yang mengadu dekat keluarga appa yang jadi pada mereka. Mengadu barang kena curi pun kena pulau.

“Saya awal-awal lagi dah pesan anak-anak saya,  budaya pulau atau digelar ‘bar*a’ ni jangan takut. Semua ni permainan dan perbuatan jahat mereka diketahui,” katanya.

Mengulas lanjut, Rita juga turut mempersoalkan insiden kematian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang mana surat layang telahpun diberikan kepada pengurusan, namun sebarang tindakan tidak diambil.

“Kes zulfarhan, surat layang dah dibagi pada pengurusan tapi sunyi sepi. Patut tak, tindakan pada pengurusan pun diambil dan juga kepada bomoh laptop tu juga? Anda rasa maca mana?,” soalnya.

Terdahulu, selepas hukuman dijatuhkan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Zulfarhan Osman, aktres ini kelihatan berkongsi beberapa tangkap layar mengenai kes tersebut sekaligus menyifatkan tindakan keenam-enam suspek sebagai sangat jahat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Nov 2024

Rashidi Ishak Sifatkan Fazura ‘Tone Deaf’, Mohon Pengurus Cari Guru Vokal – “Saya Pasti Dia Boleh, Terpulang Nak Atau Tak Nak Je”

Rashidi menganggap dengan latihan berterusan Fazura mampu menyanyi menjadi penyanyi yang baik.

Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal

Cahaya Mata Sun, 11 Sep 2022
Featured Fri, 13 May 2022
familuv Tue, 12 Jun 2018

YB Nurul Izzah Kongsi Tip Untuk Ibu Bapa Supaya Hubungan Mereka Dengan Anak Lebih Erat

Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka mesti ikuti tip ini!

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Bang Bang! Giliran Caprice ‘Tegur’ PU Amin

Doa untuk mereka bukan dengan membuat andaian agama sebagai sebab mengapa ini berlaku. Harap PU faham. Salam dan semoga Allah merahmati…Terbaik Caprice!

Featured Tue, 1 Jul 2025

“Saya Dah Lama Tak Pakai Baju Melayu Pada Hari Raya”- Azhan Rani Sebak, Kenang Arwah Bapa

Azhan Rani mendedahkan dia sudah lama tidak memakai baju Melayu setiap kali sambutan Hari Raya.

Featured Fri, 14 Oct 2022
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

Soalan macam itu tak perlu ditanya pun tak apa. Tunggu saja berita gembira kalau orang tu nak beritahu. Jaga perasaan pasangan itu.

error: Content is protected !!