Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 26, 2024 @ 10:49am

Sarah Suhairi Sah Bergelar Isteri, Pilih Pensyarah UTM Sebagai Suami

Penyanyi Sarah Suhairi selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Aswad Anuar yang juga merupakan seorang pensyarah di Universiri Teknologi Malaysia (UTM) pada jam 8.30 pagi dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan, Suhairi Hamdan dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Ahmad Khaliq Md Rashid.

Majlis bertemakan rona putih yang diadakan di Barern Hill, Hulu Langat itu turut dihadiri tetamu dan juga rakan terdekat seperti penyanyi, Naim Daniel, Sissy Iman, Afiq Shazwan, Wanie Kayrie dan Shaffiq Erwin.

Dalam perkembangan lain, pengantin lelaki menyerahkan seutas gelang emas berharga RM2,486 sebagai mas kahwin  beserta lima dulang hantaran.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan.

Sementara itu, pihak Sarah pula menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Memetik laporan mStar, pasangan ini mula berkenalan di sebuah pusat equestrian pada tahun 2020 dan kemudian mengikat tali pertunangan pada 27 Januari lalu.

Apa yang menariknya, Aswad juga merupakan seorang pensyarah dalam bidang tersebut.

Pada majlis itu juga, pelantun lagu Nyawa Dan Raga ini sempat melancarkan single terbaharunya berjudul With You  yang turut menampilkan suaminya dalam muzik video berkenaan.

 

sumber:mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Mar 2020

Kembali bertugas selepas 10 hari pemergian suami, tabah dan kuatnya BCL!

Sekitar 10 hari selepas pemergian suami tercinta, Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) yang masih dalam tempoh iddah dan berkabung, mempamerkan sikap profesionalisme yang tinggi apabila sudah mula bekerja. Semestinya ini bukan satu keputusan […]

Hiburan Sat, 25 Oct 2025
Trending Wed, 2 Dec 2020

PKPB : SOP Benarkan Aktiviti Scuba Diving Di Sabah

Semoga ada berita baik buat industri pelancongan

Events Tue, 16 Oct 2018

Kyoto Protocal to Tour Entire Malaysia and Tickets are FREE!

It’s just for their #MilikKita Tour.

Featured Wed, 8 Feb 2023
Trending Tue, 24 Mar 2020

COVID-19: Pengorbanan Mulia Rakyat Turki Sanggup Edar Makanan Di Tepi Jalan Buat Golongan Miskin

Di saat situasi darurat ini, bersyukurlah kita masih mampu bertukar menu makanan dan hidup dalam keselesaan namun apa nasib golongan seperti ini?

error: Content is protected !!