Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 28, 2024 @ 6:47pm

Didengari 7.4 Juta Pengguna! Aina Abdul Bersyukur Lagu Duet Bersama Fabio Asher Meledak Di TikTok

Penyanyi Aina Abdul bersyukur apabila single duet bersama penyanyi terkenal Indonesia, Fabio Asher berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu sudah didengari lebih 7.4 juta pengguna di TikTok.

Menurut Aina, dia gembira mendapat kesempatan berkolaborasi dengan Fabio untuk menyanyikan lagu duet ciptaan komposer seberang terkenal, Melly Goeslaw dan mendapat sentuhan penerbit muzik terkemuka, Andi Rianto.

“Sejujurnya saya tak sangka lagu ini menerima respons baik. Sudah tentu saya rasa bangga dan terharu kerana menerima maklum balas yang positif.

“Saya pun memang sudah lama menyimpan impian untuk menyanyikan karya Melly dan diterbitkan oleh Andi. Begitu juga dengan Fabio yang memiliki kualiti suara yang mahal dan gemersik,” katanya kepada XTRA.

Berkongsi pengalaman menyiapkan lagu tema untuk filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu itu, Aina gembira mendapat pelbagai ilmu baharu ketika lagu ini dirakamkan di Jakarta, Indonesia.

“Sejujurnya, saya melalui pengalaman yang cukup luar biasa dan kagum cara kerja mereka. Banyak ilmu baharu yang dapat saya pelajari ketika sesi rakaman berlangsung.

“Alhamdulillah perjalanan menyiapkan lagu ini berjalan dengan mudah dan teratur. Latar belakang Fabio juga boleh dikatakan sama dengan saya.

“Kami membesar bersama band di kelab dan ‘lounge’ hotel sekali gus cara bekerja kami seakan-akan sama. Fabio sangat teliti. Dia akan buat sampai capai apa yang diinginkan. Melly pun sama, saya sangat beruntung kerana peluang ini tidak mudah,” katanya.

Filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu yang diarahkan oleh sutradara terkemuka Indonesia, Hanung Bramantyo merupakan hasil adaptasi novel judul sama nukilan Putut EA.

Menampilkan lagu tema judul sama duet antara Aina dan Fabio, filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi ini menampilkan lakonan Refal Hady, Mira Filzah dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Mon, 26 Sep 2022
Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Peminat Ola Bola, Ini Mungkin Berita Gembira buat Korang!

Tak sabar rasanya nak tengok Ola Bola The Musical Returns! Dengar cerita Altimet pun ada

Featured Mon, 5 May 2025

Afifah Nasir Umum Hamil Anak Pertama

Afifah berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Hiburan Sun, 1 Feb 2026

Bertemu Penerbit & Jadi Tetamu Program Popular, Meerqeen Intai Peluang Kembang Kerjaya Di Indonesia

Meerqeen sempat bertemu beberapa orang penerbit dan wakil rumah produksi bagi membincangkan potensi kerjasama di Indonesia.

Trending Mon, 18 Dec 2017

Cikgu Azizan bebas!

Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan dimaklumkan pertuduhan terhadapnya ditarik balik

Featured Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Bekas Suami Punya Pasal, Duit RM200,000 Milik A. Aida Lesap?

Sebanyak dua transaksi dibuat pada waktu subuh pada 1 Mac lalu membabitkan bekas suaminya, Ariff Aziz.

Events Wed, 26 Feb 2025

Drama Meruntun Jiwa! Pertarungan Ummi Nazeera Tuntut Kebahagiaan

Drama 15 episod ini pastinya akan memberi kesan dihati penonton.

error: Content is protected !!