Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 1, 2024 @ 1:43pm

Persiapan Sudah Selesai, Jeslina Hashim Menghitung Hari Bahagia Kahwin Dengan Kerabat Diraja 

Penyanyi dan pelakon, Jeslina Hashim sedang menghitung hari untuk mendirikan bakal rumah tangga bersama kerabat diraja.

Menerusi temu bual bersama Majalah Nona, Jeslina memaklumkan segala persiapan perkahwinan telah selesai.

“Persiapan semua dah siap tunggu hari je. Tidak lama lagi, boleh kira pakai dua tangan.

“Perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur dan secara kecil-kecilan dengan keluarga sahaja,” katanya.

Sementara itu, Jeslina turut menyifatkan bakal suaminya itu seorang yang baik dan mudah disayangi ramai.

Malah, kedua-dua anaknya turut menerima dan menyayangi bakal bapa tiri mereka itu.

“Dia sangat baik. Saya sangat mencintai dia. Semua orang yang jumpa dia, semua sayang dengan dia dan Micah dengan Keira (anak-anak) pun sayang dengan dia,” ujarnya lagi.

Jeslina Hashim

Sebelum ini, Jeslina dikhabarkan akan berkahwin bersama kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil iaitu cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-1-, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Difahamkan mereka sudah menjalinkan ikatan cinta selama lapan tahun.

Sekadar info, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga bersama Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 namun berpisah pada Mac 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 16 dan Keira, 14.

Sumber/Kredit: Majalah Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Dec 2025

Nabila Razali Kesal ‘Couple’ Penuhkan Lif Nak Bermanja – “Baru Faham Kenapa Parents Yang Bawa Anak Kecil Marah”

Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu yang tidak peka menggunakan lif di pusat membeli-belah sehingga menyusahkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan membawa stroller.

Hiburan Tue, 25 Nov 2025

Siti Nurhaliza Usik Hael Husaini – “Tak Sabar Nak Nyanyi Masa Awak Bersanding”

Siti Nurhaliza usik Hael Husaini, seloroh nak nyanyi masa majlis kahwin

Selebriti Fri, 24 Apr 2020
Trending Mon, 12 Mar 2018

10张照片证明「没有毛兄弟陪伴不算快乐的童年」

很多宠物都需要爱,他们其实懂很多,有养动物的人应该知道,很多毛小孩好像都听的懂你在说什么,但有时候可能还是会犯错或是捣蛋的。让我们来看看为什么有小孩后就更应该养动物吧!

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Trending Mon, 20 Aug 2018
Featured Tue, 30 Sep 2025
error: Content is protected !!