Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 3, 2024 @ 2:20pm

Menawan Peragakan Koleksi Spring Summer, Fiziwoo Beri Bayangan Ummi Nazeera Bakal Jadi ‘Muse’ 2025?

Duo pereka fesyen terkenal, Fiziwoo memberi bayangan aktres versatil, Ummi Nazeera bakal menghiasi wajah jenama terkemuka mereka itu.

Ketika ditemui XTRA, Fizi fan Kai bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci kerana perkara tersebut masih dalam perancangan mereka.

“Kalau dedah awal-awal nanti tak surprise. Lagipun tak tahu jadi ataupun tidak. Saya rasa biar benda itu menjadi sesuatu yang kami memandang ke hadapan.

“Jenama Fiziwoo ini untuk semua. Bukan untuk komuniti Melayu sahaja. Komuniti Cina pun beri sokongan kepada kami. Kami akan bekerjasama dengan ramai orang selepas ini. Ummi Nazeera ibarat ‘sneak peek’ apa yang boleh kami kongsikan setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Ummi tampil menawan sebagai salah seorang model dalam memperagakan busana Fiziwoo koleksi Spring Summer bertemakan ‘Night Butterly’ pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024, semalam.

@xtra_my

Wah megaaa 🤩🤩🤩 #fiziwoo #umminazeera #fyp #klfw #klfw2024

♬ original sound – XTRA – XTRA

Fizi dan Kai menjelaskan pemilihan Ummi sebagai model pada acara pertunjukan fesyen acara terkenal itu adalah untuk memberi ‘highlight’ sesuatu yang berbeza daripada Fiziwoo.

“Ummi merupakan pelanggan tetap kami. Seluruh ahli keluarga dia memang pelanggan kami. Kami bermula sebagai kawan dan sekarang dah macam keluarga. Pemilihan Ummi sebagai model koleksi Spring Summer bertemakan ‘Night Butterfly’ datang secara semula jadi.”

“Kami nak beri highlight yang berbeza sedikit. Walaupun dia berhijab, dia ada vibes. Mungkin sesetengah individu anggap rekaan Fiziwoo nampak seksi. Tetapi kalau betul dengan cara stail, orang yang berhijab tetap akan nampak cantik kalau menggayakannya.”

“Bila ada Ummi, kami cuba ubah persepsi masyarakat. Ummi dianggap sebagai kakak. Sebagai pereka fesyen, saya nak tengok cara dia bergaya. Lagipun, Fiziwoo rai semua orang tak kira bangsa dan warna kulit,” tuturnya lagi.

Artikel Berkaitan: Koleksi LILITXWOOFIZIWOO laris kurang 24 jam sebaik dilancarkan!

Artikel Berkaitan: “Dia Memang Garang Tapi Macam Tak Ada Perasaan” – Ummi Nazeera Dedah Perwatakan Sebenar Suami

Artikel Berkaitan: Ummi Nazeera Berlakon Dengan Aliff Aziz Dalam Sebuah Drama, Harap Orang Ramai Tonton – “Penat Kami Kerja”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 21 Jan 2020

林明祯直呼演戏没偶包!获导演大赞演技

林明祯挑《新年泰疯狂》女主角直呼没偶包豁出去,获导演戴敏非大赞演技!

Featured Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Trending Wed, 20 May 2020

PKPB : Cubaan Balik Kampung Sia-Sia, PDRM Arah Patah Balik

Hormati SOP yang ditetapkan dan jangan degil!

Featured Tue, 23 Jun 2026

Liza Hanim Trauma Imbas Insiden Memalukan, Gagal Tahan Sebak Dilabel Tak Cantik  – “I Am Aware Saya Bukan Beauty Standard”

Liza Hanim mengakui pernah berdepan dengan pelbagai cabaran di awal penglibatannya dalam industri seni tanah air termasuk pernah dibandingkan dengan penyanyi popular, Datuk Seri Nurhaliza.

Events Sat, 23 Apr 2022
Trending Wed, 11 Sep 2019
Trending Fri, 13 Dec 2019

Peguam Dengan Doktor Bergaduh ,12 Maut

12 individu termasuk pesakit kritikal dilaporkan terkorban dalam serangan

error: Content is protected !!