Euforia Bola 2026
Acara By: Yanie Baharom February 4, 2020 @ 3:41pm

Koleksi LILITXWOOFIZIWOO laris kurang 24 jam sebaik dilancarkan!

Sememangnya koleksi ini sudah dijangkakan laris sebaik ia dilancarkan pada 28 Januari yang lalu. Realistiknya siapa yang tidak sukakan jenama mewah rekaan tempatan daripada Fizi Woo yang sentiasa hadir dengan rekaan mengagumkan dan bertaraf antarabangsa?

Apalagi dengan kadar harga sehelai pakaian yang cuma berharga RM99 dan paling mahal pun sekitar RM199, sudah tentu koleksi LILITXWOOFIZIWOO (kolaborasi antara Lilit Woman dan Fizi Woo) menjadi rebutan ramai.

Status jenama FIZI WOO yang cukup sinonim sebagai busana pilihan golongan VIP dan kenamaan, membuatkan kita hanya mampu telan air liur sahaja jika mengetahui harga sebenar bagi sepasang baju yang ditempah. Memang tidak mampu!

Kalau adapun kesempatan untuk memiliki rekaan mereka ketika musim perayaan apabila pereka duo ini melancarkan koleksi ready-to-wear yang dijual dengan kadar harga berpatutan.

Bercakap mengenai koleksi LILITXWOOFIZIWOO, ia memberi cabaran besar kepada Mohd Hafizi Radzi Woo (Fizi) dan Izree Kai Haffiz (Kai),
untuk menghasilkan sebuah rekaan dengan harga cukup rendah dan dalam masa yang mengekalkan DNA Fizi Woo juga Lilit Woman.

“Kalau sebelum ini dalam menghasilkan sesuatu rekaan kami tidak pernah memikirkan soal harga dan ianya menjadi perkara terakhir yang difikirkan, namun untuk koleksi LILITXWOOFIZIWOO harga menjadi perkara pertama yang dipertimbangkan.

“Sebabnya koleksi ini adalah fast fashion, di mana harganya haruslah berpatutan dan murah. Contohnya jaket yang saya pakai ini harganya adalah RM199.

“Apabila saya ingin mula mereka dan memilih fabrik, perkara pertama kami fikirkan adalah harganya mesti RM199 dan bagaimana untuk melakukan ini? Justeru itu, kami hasilkan rekaan berpandukan harga,” kata Fizi.

Mengakui proses menghasilkan koleksi ini agak mencabar terutamanya mengenengahkan rekaan yang berciri mewah tetapi berpatutan, namun profesionalisme pasukan Lilit Woman dan Fizi Woo sendiri, menjadikan ia satu kenyataan.

“Alhamdulillah Lilit Woman mempunyai pasukan yang bagus di mana mereka memahami kehendak pelanggan dan begitu juga dengan pasukan Fizi Woo.

“Kami duduk bersama-sama, mencari kesamaan sekali gus berbincang mengenai rekaan dan fabrik apa yang ingin digunakan. Kedua-dua pihak faham akan golongan sasar masing-masing dan kerjasama ini sebenarnya membukan pasaran yang lebih luas,” katanya.

Merungkai keistimewaan koleksi LILITXWOOFIZIWOO, terdapat hampir 40 helaian kesemuanya yang menampilkan potongan one-for-all dan ‘cool edge silhouette disertakan beberapa teknik seperti pleats dan cetakan.

Rona feminin dan lembut menghiasi hampir setiap rekaan blaus, skirt, jumpers dan seluar panjang yang diperincikan dengan teknik dan rekaan couture.

Tambah mengujakan, rekaan ini didatangkan dengan saiz bermula dari XS sehingga XXL dan membina keyakinan wanita terhadap isu percaya diri menjadi mesej utama disebalik pembuatan koleksi ini.

Inisiatif dalam menghasilkan koleksi kasual ready-to-wear juga akan diteruskan Fizi Woo, menerusi pembukaan butik fizikal yang dijadualkan beroperasi Mei depan.

Pada majlis pelancarannya yang lalu, majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Nora Danish, Hanis Zalikha, Nadiya Nisaa, Ummi Nazeera, Hawa Rizwana, Amylea Azizan, Shalma Aina, Fiza Fizzy dan ramai lagi.

Foto: Pengasas Bersama Fashion Valet, Datin Vivy Yusof

Foto: Ummi Nazeera antara selebriti yang hadir pada majlis pelancaran LILITXWOOFIZIWOO, baru-baru ini.

Foto: Hanis Zalikha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 14 Dec 2019

Jurusolek, pintu gerbang untuk menjadi usahawan kosmetik

Langkah kecil yang boleh menguntunkan jika kena gayanya

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

#tilljannah Wed, 16 Nov 2022

Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

Dai Syed & Hana Ismail bertunang

Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

Acara Wed, 24 Oct 2018

Warga JB, Jom Singgah Ke Karnival Jom Heboh Di Angsana Mall Hujung Minggu Ini!

Jangan lupa singgah di booth Hijab & Heels juga ya!

Acara Tue, 26 Sep 2023

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

Wah bestnyaaa! Line up semua power Cepat korang grab tiket sebelum terlambat

Acara Fri, 19 Jun 2026
Acara Fri, 13 Dec 2019

MSU angkat motif songket dalam larian antarabangsa

International Songket Run 2.0 diiktiraf MBR

error: Content is protected !!