Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 4, 2024 @ 7:03pm

Watak Gadis Kampung Jadi Cabaran Utama Arena Wan Dalam Dara & The Gang

Pendatang baharu dalam dunia lakonan, Arena Wan mencabar diri melakonkan watak gadis kampung dalam dalam siri terbaharu Tonton Eksklusif, Dara & The Gang.

Memegang watak Bedah, Arena yang dibesarkan di Kuala Lumpur banyak belajar untuk menjayakan karakter gadis kampung.

“Saya memegang watak sebagai Bedah, kawan baik kepada Dara dan Busu. Bedah merupakan seorang yang lasak kalau dibandingkan dengan watak Busu.

“Sejujurnya, ini adalah salah satu watak yang agak mencabar untuk saya sebab saya betul-betul tak reti nak jadi seorang gadis kampung. Saya membesar bertutur dalam Bahasa Inggeris dicampur dengan Bahasa Melayu, jadi untuk menjadi Bedah, saya tak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Namun begitu, Arena bersyukur kerana mendapat tunjuk ajar pengarah dan pelakon lain dalam menjayakan siri terbaharu Tonton Eksklusif, Dara & The Gang.

“Apabila berada di set penggambaran, saya sangat bersyukur kerana saya dapat banyak belajar dari pengarah dan pelakon-pelakon lain. Dengan bantuan mereka, saya dapat menjayakan watak Bedah,” katanya kepada XTRA.

SINOPSIS

Dara & The Gang mengisahkan mengenai kehidupan harian Dara, seorang gadis yang sempoi dan lucu. Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gang nukilan Amarilis Rahim.

Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan skrip pula hasil nukilan Dr. Mohd Shahremy Ikmal.

Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul, Erysha Emyra dan Arena Wan, bakat muda yang menyerikan persada seni dalam Dara & The Gang.

Tandakan kalendar anda dengan Dara & The Gang bermula 15 Julai 2024, setiap hari Isnin hingga Rabu di platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store. Anda juga boleh strim Tonton secara HD eksklusif di Smart TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Jul 2025
Hiburan Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Fri, 19 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Penuh Aura Bintang, Ini Peserta Bertuah Mara Ke Peringkat Top 20!

Top 20 XTRA XSTAR 2025 undian bermula pada 23 September ini!

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Jangan Salahkan Skrip, Bukan Rezeki Dia Dalam Produksi Bagus

Saya tidak salahkan Aiman dengan tindakannya mengeluarkan kenyataan itu sebaliknya beranggapan aktor tersebut bernasib malang kerana berlakon dalam karya dengan skrip tidak bermutu.

Featured Wed, 20 Mar 2024

Jalani Pembedahan, Gelagat Harris Annuar Bikin Berdekah -“Medina Dah Form 1, Siapa Ambik Report Card Dia?”

Mak aih, kelakar lah! 🤣🤣🤣 tak oernha tak lawak tau laki bini ni.

Featured Thu, 10 Nov 2022

“Saya Lebih Sedih Jadi Mangsa Body Shaming” – BCL Jawab Dakwaan Hamil

Pelakon dan penyanyi Bunga Citra Lestari mengakui kesal dengan dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang hamil anak kepada penyanyi Ariel NOAH, baru-baru ini . Sebelum ini, tular di media sosial saiz perut pelantun lagu Ingkar […]

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Maher Zain Rakam Dua Lagu Baharu Tahun Ini

Korang dah dapatkan tiket ke belum? Dapatkan tiket di www.tixmalaysia.com.

error: Content is protected !!