Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 4, 2024 @ 7:19pm

Comelnya… Peminat Terseyum Simpul Saksikan Lakonan Cute Shasha Abedul Bersama Chubb-E Dalam Dara & The Gang!

Peminat dan penonton memberikan respons positif terhadap lakonan Shasha Abedul dan Chubb-E dalam siri terbaharu Tonton Eksklusif, Dara & The Gang.

Membawakan watak Dara dan Rizal, Chubb-E berkongsi sedutan naskhah terbabit di Instagram dan ia disifatkan sebagai comel oleh pengikutnya.

SINOPSIS

Dara & The Gang mengisahkan mengenai kehidupan harian Dara, seorang gadis yang sempoi dan lucu. Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gang nukilan Amarilis Rahim.

Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan skrip pula hasil nukilan Dr. Mohd Shahremy Ikmal.

Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul, Erysha Emyra dan Arena Wan, bakat muda yang menyerikan persada seni dalam Dara & The Gang.

Tandakan kalendar anda dengan Dara & The Gang bermula 15 Julai 2024, setiap hari Isnin hingga Rabu di platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store. Anda juga boleh strim Tonton secara HD eksklusif di Smart TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 19 Oct 2018

Ibu Saudara Sebak…Niat Beli Roti Berakhir Dengan Tragedi

Al- Fatihah buat Allahyarham Wan Amirah Wan Alias…

Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Hiburan Wed, 22 Oct 2025

Johan Teroka Dunia Automotif, Buka Kedai Motosikal Elektrik GGR

Johan kembangkan bisnes, lancar Motosikal Elektrik (EV) GGR

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Kolaborasi Paling Gempak Hujung Tahun Ini, Nidji & Bunkface Bersatu Di Pentas Nusa Fest!

Nusa Fest Presents: Nidji x Bunkface akan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025.

Trending Thu, 26 Jul 2018

HFMD Pun Boleh Kena Pada Orang Dewasa

Segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Berang Dengan Ibu Tiri? Abil Luah Rasa Menerusi Instastory

Mengakui bahawa masanya sudah tiba untuk beliau menceritakan kisah sebenar disebalik perlakuan biadap individu terbabit.

Featured Fri, 17 May 2024
Hiburan Sat, 16 Dec 2023
error: Content is protected !!