Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 6, 2024 @ 11:11am

Arena Wan Kongsi Pengalaman Bergandingan Dengan Shasha Abedul, Erysha Emyra & Chubb-E Dalam Dara & The Gang – “Sangat Fun!”

Bintang baharu, Arena Wan berkongsi pengalaman bergandingan dengan rakan pelakon lain iaitu Shasha Abedul, Erysha Emyra dan Chubb-E dalam siri terbaharu Tonton Eksklusif, Dara & The Gang.

Memegang watak Bedah rakan baik kepada Dara (Shasha) dan Busu (Erysha) dalam Dara & The Gang, Arena berkongsi mudah untuk dia menjalin kerjasama dengan pelakon lain.

“Pengalaman shooting dengan rakan pelakon lain sangat fun! Kami shooting hari-hari, jumpa di set penggambaran selama sebulan sampai kami semua jadi sangat sangat rapat sampailah ke hari ini.

“Jadi, bila nak shooting itu menjadi sangat mudah kerana kami dah ada chemistry yang sudah dibina di set penggambaran,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Berkongsi cabaran yang dihadapi sepanjang penggambaran Dara & The Gang, Arena menghadapi masalah untuk melontarkan dialog.

“Cabaran yang saya hadapi sewaktu shooting Dara & The Gang, mungkin dari segi dialog, kerana ketika itu penguasaan bahasa Melayu saya masih tak fasih lagi.

“Jadi, bila saya tonton semula Dara & The Gang, ada sesetengah babak macam kelakar pula cara saya lontarkan dialog. Saya harap ramai akan enjoy menonton naskhah ini sebab ia sangat fun!” katanya.

SINOPSIS

Dara & The Gang mengisahkan mengenai kehidupan harian Dara, seorang gadis yang sempoi dan lucu. Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gang nukilan Amarilis Rahim.

Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan skrip pula hasil nukilan Dr. Mohd Shahremy Ikmal.

Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul, Erysha Emyra dan Arena Wan, bakat muda yang menyerikan persada seni dalam Dara & The Gang.

Tandakan kalendar anda dengan Dara & The Gang bermula 15 Julai 2024, setiap hari Isnin hingga Rabu di platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store. Anda juga boleh strim Tonton secara HD eksklusif di Smart TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Oct 2023
Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Fri, 2 Aug 2019

出道30载赵氏经典情歌!赵传1019云顶再现

台湾流行音乐歌坛常青树赵传将于2019年10月19日重登云顶云星剧场,为歌迷带来赵传《老男孩》云顶演唱会2019。

Featured Thu, 1 Dec 2022

Tular Video Nampak ‘Baby Bump’, Fasha Tepis Dakwaan Hamil – “What? Bodyshaming”

Alahai sian sis Fasha kitaaa 😢😢 Apapun ramai cakap Fasha iras selebriti Bollywood Kareena Kapoor 🤩 Ini min setuju!

Hiburan Wed, 27 Dec 2023

Selamat Pasang Perentak Jantung, Ebby Yus Elak Kerja-Kerja Berat

Semoga abang Ebby Yus dipermudahkan segala urusan Amin🤲🏻

Featured Mon, 16 Jan 2023

Donnie Yen Gembira Pelakon Asia Mula Diiktiraf Di Hollywood – “Ia Melibatkan Bakat Dan Bukan…”

Bakat pelakon Asia pun dah setaraf global! Jangan lupa tengok filem baru Donnie Yen, Sakra

Events Thu, 17 Oct 2019
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Pilih Tak Penuhi Jemputan Rumah Terbuka, Azza Elite Bimbang Reaksi Orang Terhadap Anak Autisme

Azza Elite bimbang kehadiran anaknya, Adam yang autisme boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada tuan rumah dan tetamu lain.

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Khairul Aming Jelaskan Sebab Restoran Rembayung Tidak Sediakan Sistem ‘Walk In’, Utamakan Keselesaan Pelanggan

Menurutnya, situasi di Rembayung berbeza berbanding restoran yang beroperasi di dalam pusat beli-belah kerana pelanggan perlu beratur di kawasan terbuka

error: Content is protected !!