Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 6, 2024 @ 11:25am

“Comel Drama Ni!” – Peminat Tengok Dara & The Gang Sebab Chubb-E

Peminat menyifatkan drama bersiri terbaharu Tonton Eksklusif, Dara & The Gang sebagai karya yang comel.

Menerusi hantaran di Instagram XTRA, ramai meminat memuji drama bersiri ini di ruangan komen, terutamanya lakonan penyanyi rap Chubb-E sebagai Rizal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

SINOPSIS

Dara & The Gang mengisahkan mengenai kehidupan harian Dara, seorang gadis yang sempoi dan lucu. Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gang nukilan Amarilis Rahim.

Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan skrip pula hasil nukilan Dr. Mohd Shahremy Ikmal.

Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul, Erysha Emyra dan Arena Wan, bakat muda yang menyerikan persada seni dalam Dara & The Gang.

Tandakan kalendar anda dengan Dara & The Gang bermula 15 Julai 2024, setiap hari Isnin hingga Rabu di platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store. Anda juga boleh strim Tonton secara HD eksklusif di Smart TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jan 2026

Isu Gangguan S*ksual: Firdaus Ghufran Hampir Jadi Mangsa, Mohon Keluarga Kepada Pelakon Kanak-Kanak Sentiasa Peka

Aktif di industri lakonan sejak di zaman kanak-kanak, Firdaus Ghufran mendedahkan hampir menjadi mangsa gangguan seksual.

Trending Wed, 7 Nov 2018

Tukul Gergasi 453 kg Tepi Jalan Boleh Hilang, Biar Betul?

Arca tukul gergasi seberat 453 kilogram didapati hilang tetapi tiada kesan diambil .. masalahnya siapa yang mengambilnya

Featured Tue, 3 Dec 2024

Kes Ugut & Pukul, Suami Zahnita Direman 3 Hari

Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi foto menunjukkan matanya yang kelihatan lebam.

Featured Sat, 28 Jun 2025

Malam Penuh Magis, Stacy Gegar SICC Dalam Konsert Solo Pertama di Sabah.. Tampil Dengan 10 Busana Berbeza

Lebih 3,000 peminat membanjiri dewan untuk konsert Aku Stacy di KK.

Hiburan Fri, 4 Oct 2019
Featured Tue, 28 Mar 2023
error: Content is protected !!