Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 7, 2024 @ 1:28pm

Puteri Khareeza Merancang Untuk Ada Anak, Mahu Habiskan Pelajaran Terlebih Dahulu

Pelakon dan penyanyi, Puteri Khareeza tampil memberikan respons berkenaan isu Childfree yang  semakin hangat dibincangkan kini.

Katanya ketika ditemui XTRA, dia bersyukur kerana suaminya seorang yang sangat memahami apatah lagi dia sendiri sedang sibuk membahagikan masa belajar dan menyanyi.

“Alhamdulillah, dia sangat memahami. Tiada masalah pun antara kami. Saya buat kerja saya, dia buat kerja dia. Tapi dia sentiasa beri sokongan kepada saya even dalam muzik, dia akan tanya apa yang cukup dan apa yang tak cukup…kami akan buat sama-sama.

“Tiada isu kalau saya nak pergi shooting dia tak bagi.” ulasnya.

Puteri Khareeza berkata demikian ketika ditemui pada sesi karaoke bersama pelakon-pelakon drama ‘Nuh & Nayla’ yang di adakan di Bandar Utama pada Selasa.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Sebenar ini berkata, dia dan suami merancang soal mendapatkan zuriat kerana memikirkan komitmen dan tanggungjawabnya yang lain.

“Rancang atau tidak, dia 50-50.. Tapi untuk saya memang saya rancang. Itu sebab saya tak bersedia lagi. Sebab banyak benda yang saya kena fikirkan.

“Saya nak belajar, menyanyi dan berlakon lagi, jadi macam mana ya?

“Kalau nak pergi kelas mood pun tak stabil. Lagipun suami saya memahami. Baru 5 bulan kahwin. So relaks dulu. Rancang bila nak ada anak, mungkin selepas habis belajar dalam lingkungan umur 28 ke 29 macam tu,” katanya.

Disoal mengenai pandangannya terhadap segelintir pasangan yang menyokong isu childfree, Puteri Khareeza menjelaskan, ia bergantung kepada pendapat individu masing-masing.

“Itu ikut pendapat masing-masing. Sebab kita dalam rumah tangga ni, kita sendiri tahu apa yang kita mahukan. Tak kisah dari segi perbelanjaan,  apa yang boleh kita buat dan aktiviti kita.

“Sebenarnya  saya tak kisah pun pasal pendapat orang lain. Masing-masing jaga rumah tangga sendiri. Saya kalau bercinta pun tak ada orang tahu. Yang tahu-tahu lah, sebab saya tak sembunyi cuma saya lebih memilih privasi,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Dec 2025
Hiburan Tue, 26 Nov 2019

Potong Rambut Dewi Watak ‘Johanna’, Cayalah Ayda Jebat!

Ini pengalaman pertama saya memotong rambut sependek ini!

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Elak Kontroversi, Dayang Areeda Lebih ‘Play Safe’

Mahu jadi artis bersih dari kontroversi, Dayang jaga nama baik keluarga…terbaiklah!

Featured Mon, 14 May 2018

8 Orang Yang Terlalu Obses Dengan Pembedahan Plastik Sampai Rupa Mereka Nampak Pelik

Kalau cantik, tak apalah. Ini ada yang macam rupa makhluk asing!

Trending Mon, 26 Aug 2019

This New Technology Platform by EFFRO Just Revolutionized Malaysian’s Events Industry!

A breathe of fresh air in the nation’s events hiring industry!

Featured Mon, 27 Apr 2026

Didi Astillah Kemalangan, Alami kecederaan Dikepala

Didi dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dibahagian kepala akibat terjatuh dari tangga.

Trending Fri, 12 Feb 2021

Lagu #BaikSemula Versi Abang & Kakak Askar Ni Memang Terbaik!

Memang terbaik! Lagu #BaikSemula dendangan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique menarik perhatian Badan Kesenian Tentera Darat Malaysia. Anggota unit beruniform terbabit menyampaikan semula lagu hasil karya Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, […]

error: Content is protected !!