Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 7, 2024 @ 5:16am

Terharu Peminat Dah Mula Tunggu Sejak Tengah Hari, Dolla Harap Syasya Gembira Lihat Kejayaan Konsert Pertama

Kumpulan wanita terkenal, Dolla meluahkan rasa terharu apabila kelompok peminat mereka yang dikenali sebagai iDolla sanggup menanti di luar Zepp Kuala Lumpur seawal tengah hari.

Baru sahaja sukses menjayakan konsert pertama Dolla Re:Birth The Experience pada Sabtu lalu, kumpulan yang dianggotai oleh Angel, Tabby dan Sabronzo ini bersyukur dikurniakan peminat yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

“Ramai iDolla yang berkumpul di luar Zepp Kuala Lumpur seawal tengah hari pada hari konsert. Mereka seakan mengadakan konsert sendiri di luar, ada yang menari, ada yang menyanyi.

“Kami sangat terharu. Mereka pun menanti Dolla Re:Birth The Experience sama seperti kami. Mereka sangat teruja untuk menunggu detik kami menjayakan konsert sulung,” kata Tabby.

Dolla ditemui pada sesi ramah mesra usai konsert Dolla Re:Birth The Experience di Universal Music, Petaling Jaya, pada Selasa.

Ketika ditanya mengenai perasaan menjayakan konsert tanpa kehadiran bekas anggota mereka, Syasya Rizal, Sabronzo yang mewakili Dolla mengaku mereka rasa sedikit sedih.

“Ketika sesi latihan, saya terfikir mengenai perkara terbabit, Syasya tidak lagi bersama kami dan dia tidak akan menjadi sebahagian perjalanan kami pada konsert ini.

“Rasa sedih kerana perbincangan mengenai konsert sudah kami perkatakan sebelum Syasya keluar Dolla lagi. Dalam masa sama, itulah hakikatnya.

“Kami bersyukur kami dapat jayakan konsert pertama. Kami berharap Syasya gembira melihat kami berjaya mengadakan konsert pertama,” kata Sabronzo.

Tambah Tabby pula, dia berharap Syasya dapat mendoakan yang baik-baik untuk mereka bertiga meneruskan perjalanan seni kumpulan Dolla.

“Apa pun terjadi, Syasya tetap sebahagian perjalanan kami sebagai Dolla. Sebagaimana kami harapkan dia ada, tak mengapa kerana kami masing-masing mempunyai perjalanan dan haluan sendiri.

“Harapnya dia melihat kami sebagai memori manis dalam kehidupan dan semoga dia berharap yang baik-baik untuk kami juga sebagai Dolla,” kata Tabby.

Pada Sabtu lalu, Dolla melakar sejarah tersendiri menerusi konsert pertama mereka, Dolla Re:Birth The Experience.

Acara ini menandakan tonggak perjalanan mereka sejak mula muncul pada tahun 2019, memperlihatkan evolusi mereka melalui lebih daripada 14 persembahan yang memukau, termasuk hit terbaru mereka, Here 4 U.

Dengan atmosfera yang hebat ini, konsert ini menarik lebih dari 2,500 peminat, pendengar, penyokong, rakan-rakan dan keluarga, mengubah Zepp Kuala Lumpur menjadi medan muzik yang penuh dengan persembahan bertenaga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Nov 2023

Sejak Masuk Penjara, Siti Bainun Makin Slim… Turun 60 Kilogram Dalam Masa 6 Bulan

Susut betul Siti Bainun 6 bulan duduk penjara kan?😉

Featured Wed, 18 Aug 2021

Kes Saman Siti Nordiana: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

Kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap rakan artis Syura Badron, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim serta dua lagi individu masih belum menemui jalan penyelesaian. Terdahulu, Nana telah menuntut permohonan maaf […]

Events Fri, 28 Mar 2025

Iftar Eksklusif ‘Keluarga Itu’ Cipta Memori, Istimewa Peminat Bertemu Barisan Pelakon

Majlis iftar ini bukan sekadar sesi berbuka puasa bersama, tetapi juga menjadi peluang istimewa buat peminat untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan para pelakon kegemaran mereka.

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Tamparan Wanita Kembali! Elite Rai 30 Tahun Dalam Konsert Sulung ‘Elite Live ’25 September Ini

Tiket konsert ELITE LIVE 25 akan mula dijual pada Khamis, 26 Jun!

Featured Fri, 7 Oct 2022

Eyka Farhana Akui Penat Dikecam, Tampil Buka Mulut Isu Video Lengan Akhyar  – “Mereka Lebih Tahu”

Kalau mengaku pun kena kecam, kalau menafikan pun sama juga – Eyka Farhana

Events Mon, 4 Apr 2022

Naz Carpentry Saman Awal Ashaari: Perbicaraan Kes Langgar Kontrak Bermula Hari Ini

perbicaraan akan berlangsung selama 3 hari secara atas talian

error: Content is protected !!