Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 7, 2024 @ 1:08pm

Isu Kuota Ke Olimpik, Michael Ang Lantang Beri Pendapat – “Patutnya Bagi Dekat Family Atau Jurulatih, Baru Semangat Nak Compete!”

Pengarah, penerbit dan pelakon, Michael Ang lantang menyuarakan pendapatnya susulan isu tular berkenaan kuota yang dimiliki ‘orang besar’ ke sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut Michael, kenyataan yang diberikan individu itu adalah jawapan yang salah sekaligus mampu mengundang kecaman dalam kalangan netizen.

“Kuota khas? Wow, satu jawapan yang salah ni. Mesti satu Malaysia akan hentam,” katanya.

Dalam hantaran sama, Michael turut mempersoalkan adakah kehadiran ‘orang besar’ ke sukan Olimpik ini  dapat membantu para atlet yang bertanding.

Selain berpendapat, kuota tersebut seharusnya diberikan kepada ahli keluarga dan jurulatih para atlet.

“Anyway, mereka ni semua pergi ada membantu atlet kita ke? I doubt atlet kita tak ambil port pun mereka ni datang ke tak.

“Saya rasa lagi baik bagi kuota ni kepada jurulatih dan ahli keluarga mereka untuk pergi beri sokongan. Lagi bersemangat para atlet nak compete. Betul ke tak?

“Dah lah kalau ada ‘orang besar’ ni kena jaga hati mereka dan mengampu mereka. Bazir tenaga sahaja nak layan ni semua,”  jelasnya.

Michael berkongsi mengenai perkara itu menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories miliknya.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun hantaran tersebut seolah-olah ditujukan kepada kenyataan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM),  Tan Sri Norza Zakaria.

Katanya memetik laporan Malaysia Kini sebelum ini,  dia mempunyai kuota khas untuk membawa tetamu sendiri bagi menonton acara dalam temasya Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, Norza menegaskan, kuota itu tiada kaitan dengan kad akreditasi melibatkan atlet dan pasukan negara  yang menyertai kejohanan berkenaan.

Terdahulu, tindakan Norza yang dirakam duduk bersama isteri dan anaknya di Arena Porte de La Chapelle, semasa perlawanan perebutan pingat gangsa antara pasangan beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dengan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark menjadi topik perbualan hangat di platform X.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Sep 2022

“Individu Mirip Pelakon Cilik On*ni Bukan Anak Saya!” – Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

Itu penjelasan bapa kepada pelakon cilik yang didakwa melakukan perkara tidak senonoh😱

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Menang RM100,000, Apex Tajudin Mahu Beri Kejutan Buat Isteri

Semoga bertambah-tambah rezeki Apex dan keluarga…

Trending Tue, 15 Jan 2019
Trending Fri, 26 Jul 2019

Kerana Video Magik, Untungnya Tuan Badan

Impian bertemu dengan sang idola tiba-tiba menjadi kenyataan

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

第二主打找Hero祖雄拍MV 车子无缘为专辑入镜

大马“星光冠军”歌手车志立(车子)发行新专辑,公司砸本请来影帝、男神及型男演员等为新专辑拍摄MV,第二主打歌《迷路》更特别找来大马“全能型男神兼天菜”Hero祖雄跨刀相助。车子确定无缘为专辑入镜当主角,感叹“有点伤心”。

Trending Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Tue, 30 Dec 2025

Isu Buang Barang Peribadi Tanpa Izin, Peguam Sahkan Dr. Fie Bakal Lapor Polis & Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Akberdin menegaskan, ketika kejadian berlaku prosiding tuntutan harta sepencarian antara kedua-dua pihak masih berjalan

error: Content is protected !!