Euforia Bola 2026
Acara By: Padin August 6, 2024 @ 4:59pm

Sultanah Nur Zahirah Berkenan Rasmi Precious Of Malaysia, Lancar Buku Pesona Kebaya

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli merasmikan Precious Of Malaysia musim ketiga dan melancarkan buku Pesona Kebaya – Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) pada Malam Gala di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), hari ini.

Turut berkenan berangkat pada acara itu ialah Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin.

Tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato Agil Natt, Pengarah Urusan MyCar, Datuk Noor Sheena serta Pengerusi Precious Of Malaysia Jonathan dan Farel Mikhail.

Menurut Jonathan Kok dan Farel Mikhail yang juga penganjur acara, FM Group, mengaku kesudian Sultanah Nur Zahirah berkenan merasmikan program anjurannya bagaikan sebuah mimpi menjadi kenyataan.

“Sehingga ke saat ini, kami berasakan kesudian Sultanah Nur Zahirah mencemar duli ke acara kami bagai sebuah mimpi yang menjadi realiti. Tidak pernah terbayangkan.

“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada tim protokol Istana Terengganu kerana sudi mendengar hajat yang kami doakan selama ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

“Semoga dengan perasmian Precious Of Malaysia dan pelancaran buku Pesona Kebaya ini menjadi satu momen indah buat kami. Tak mungkin dapat kami lupakan sampai bila-bila,” katanya.

Menurut Farel, segala sindiran dan kata-kata sinis yang cuba melemahkan semangatnya selama ini akhirnya dapat ditepis apabila terbukti Precious Of Malaysia kini menjadi sebutan ramai terutamanya dalam kalangan anak muda.

“Apa yang berlaku hari ini sebenarnya menguatkan lagi semangat kami untuk terus memartabatkan budaya Malaysia.

“Sebenarnya bukan mudah apa yang kami lalui. Dipandang rendah, disindir, dilabel syok sendiri, ‘muka tebal’ dan bermacam-macam lagi.

“Kami ini bukan robot tapi manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Kalau hati itu adalah kaca, dah lama dah berkecai tak dapat dicantum lagi.

“Namun, tuhan kuatkan semangat kami kerana arah tujuan kami jelas mahu mengangkat martabat budaya Malaysia yang menjadi identiti kita semua.

“Ditambah pula dengan kesudian Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli ke acara kami. Sungguh, gembira dan rasa syukur itu berganda-ganda,” ujarnya.

Sempena Precious Of Malaysia, FM Group telah menganjurkan International Cultural Fashion Week (ICFW) yang memberi peluang kepada para pelajar yang berlangsung pada 2 dan 3 Ogos baru-baru ini di lokasi sama.

Dalam pertandingan ini, sebanyak 23 jenama berentap dan menampilkan keunikan masing-masing.

Pereka muda Afiq Syazani merangkul juara sekaligus mengetepikan pesaing hebat lain iaitu naib juara Rashid Moshi, UiTM (tempat ketiga) dan Zuramir (tempat keempat).

Selain hadiah utama, ICFW turut menobatkan pemenang bagi 10 kategori iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer, Promising Fashion Designer, Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.

FM Group menganjurkan pertandingan ini sebagai platform kepada pereka fesyen baharu atau sedang mencipta nama.

“Ini masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka. Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen, mereka tiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan sayap dalam bidang fesyen,” katanya.

Menurutnya lagi, tahun 2024 menyaksikan kelainan ICFW berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia dan Filipina

“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.

“Untuk Malaysia, kami ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.

“Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” tambahnya.

Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga bakal menganjurkan Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 16 Aug 2019
Acara Tue, 2 Apr 2019
Acara Tue, 7 Aug 2018

Mahu Wanita Berkeyakinan Dan Tampil Cantik Dengan MF Cosmetique – Maria Farida

Booth Hijab & Heels menerima kunjungan Datin Seri Maria Farida Atienza (Maria) di Karnival Jom Heboh (KJH) baru-baru ini.

Acara Wed, 26 Sep 2018

Gabungan Hebat Generasi Lama & Baharu Semarakkan Pentas ABPBH 31

ABPBH31 menjanjikan satu persembahan yang infiniti!

Acara Wed, 15 May 2019

Nikmati suasana membeli-belah 24 jam tanpa henti di Mood Republik Raya 2019

Pelbagai keperluan Aidilfitri disediakan kira-kira 100 usahawan tempatan

Acara Thu, 7 Mar 2019

V Sensual Premium Intimate Wash, bangkitkan positiviti dan keyakinan wanita

Kesegaran dan kebersihan bahagian intim wanita lebih terjamin!

Acara Wed, 25 Feb 2026

Kebebasan Tanpa Batasan Dengan ‘Live Unbridled’

Marshall Amplification menyambut Tahun Kuda dengan cara berbeza menerusi pengenalan Emberton III Lunar New Year Edition 2026, pembesar suara edisi terhad yang dihasilkan bersama artis dari China, FCCK. Kolaborasi ini lebih kepada usaha meraikan pertemuan […]

Acara Tue, 31 Jan 2023
Acara Thu, 25 Jan 2018

Tioman Surfestival 2018

Bagi mereka yang sedang bercuti di Pulau Tioman atau memang merupakan residen pulau terbabit, jangan lepaskan peluang mengikuti acara Tioman Surfestival 2018 yang kini sedang berlangsung di Kampung Juara, Tioman sehingga 27 Januari ini.

error: Content is protected !!