Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops September 26, 2018 @ 8:00pm

Gabungan Hebat Generasi Lama & Baharu Semarakkan Pentas ABPBH 31

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31 yang bakal berlangsung pada 7 Oktober depan menyaksikan gandingan artis generasi lama dan baharu dalam menjayakan segmen persembahan dan juga penyampaian trofi.

Foto: Instagram ABPBH31

Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jeffrydin, Misha Omar, Amy Mastura, Siti Sarah, Hafiz Suip dan Aizat Amdan merupakan antara nama-nama hebat yang bakal menghiburkan penonton menerusi persembahan memukau mereka.

Manakala penyanyi yang melonjak naik iaitu Syamel, Ismail Izzani, Sufian Suhaimi, Kugiran Masdo dan Masya Masyitah pula bakal mewakili artis generasi baharu.

Bagi pelantun lagu Jawapan Kasih, Amy Mastura, beliau akui berasa teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan pada malam bertemakan Infiniti itu.

Foto: Instagram Amy Mastura

“Saya rasa excited untuk membuat persembahan di ABPBH kerana sebelum ini saya hanya berpengalaman menjadi pengacara dan penyampai trofi di pentas ABPBH,” tutur Amy yang kini sedang membuat persiapan dari segi latihan vokal.

“Pada malam itu nanti, saya akan menyanyikan lagu-lagu lama saya secara medley. Walaupun membawa lagu-lagu lama saya, namun muzik lagu akan diubah menjadi lebih terkini dan moden. Kami juga dalam proses untuk memikir konsep persembahan ke arah elemen yang bersesuaian dengan tema Infiniti.”

Sementara itu, tugas penyampaian trofi kepada pemenang pula akan disempurnakan oleh Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Fauziah Latiff, Datuk Hans Isaac, Fattah Amin, Nur Fazura, Fasha Sandha, Rita Rudaini, Syafik Kyle, Zahirah Macwilson, Hael Husaini, Nabila Razali dan ramai lagi.

Ajak, Janna & Zara Bersatu Kemudi ABPBH 31

Turut diumumkan pada sidang media prakemuncak ABPBH 31 yang berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya pada Sabtu lalu ialah hos utama bagi malam kemuncak ABPBH 31.

Pelakon popular Janna Nick, Zara Zya serta pelawak, Ajak Shiro diberi kepercayaan untuk mengemudi acara berprestij ini. Ia adalah gandingan julung kalinya buat ketiga-tiga personaliti ini di atas satu pentas arena hiburan tanah air.

Foto: Instagram Melodi TV3

Bagi Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 32, pengalaman mengacarakan ABPBH 27 sebelum ini bukan bererti dia sudah berada di zon selesa dengan tanggungjawab yang diberi, namun dia perlu melakukan dengan lebih baik amanah yang dipikul.

“Walaupun saya pernah mengacarakan beberapa anugerah besar, namun ia tidak bermakna saya sudah boleh selesa. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan pengalaman sebelum ini sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan kepada saya. InsyaAllah, saya akan cuba memberikan yang terbaik pada malam itu nanti,” katanya.

Sementara itu, pasangan pengacaranya dalam program Melodi, Janna Nick turut akui hampir menolak tawaran untuk menjadi hos ABPBH 31 kerana belum punya keyakinan diri serta merasakan dirinya tidak layak untuk mengemudikan acara besar.

Foto: Instagram Janna Nick

Walau bagaimanapun, pemilik nama Nurul Jannah Muner ini akhirnya tekad untuk mencabar dirinya dan menerima tawaran tersebut.

“Pada mulanya memang saya tidak yakin. Saya juga ambil tempoh yang lama untuk memikirkan mengenai tawaran ini. Namun, setelah berfikir panjang, saya rasa kenapa tidak saya menerima tawaran ini dan mencabar diri saya.

Lagipun, ini peluang saya untuk mengasah bakat saya dalam bidang pengacaraan. Saya juga tidak terlalu memikirkan tentang soal kecaman atau kritikan penonton kerana saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

Apapun, saya akan berusaha memberikan yang terbaik untuk melancarkan acara pada malam itu nanti,” kata Janna yang akan mengikuti kelas latihan pengacaraan pada hujung bulan ini.

Foto: Instagram Zara Zya

Tidak seperti Ajak dan Janna yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan, aktres Zara Zya akui berdebar apabila menerima tawaran sebagai pengacara pada edisi kali ini.

“Perkara pertama yang terlintas tentulah perasaan gembira sangat. Saya tertanya-tanya betul ke pemilihan mereka ini, saya memang tak percaya. Saya memang teruja namun pada masa sama berdebar.

Malah, perasaan berdebar lagi kuat sebab memang besar tanggungjawab yang saya kena galas ini. Saya akan buat yang terbaik dan berharap penonton dapat bagi semangat kepada kami bertiga.”

ABPBH 31 akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober depan.

Sejak undian dibuka pada 25 Ogos lalu, hampir 13 juta undian terkumpul berjaya diperoleh secara online berbanding 1.5 juta undi pada ABPBH 3.0.

Foto: Instagram ABPBH31

“Ini adalah rekod baharu bagi ABPBH. Tahun lalu, apabila undian online 100 peratus diperkenalkan pada ABPBH 3.0, kita menerima sejumlah 1.5 juta undi.

Ini membuktikan capaian ABPBH 31 terhadap kelompok sasar serta pengguna digital adalah padu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 31, Shamshul Azree Samshir.

Beliau turut menambah, laman www.abpbh.com.my mencatatkan jumlah halaman dilihat (page views) 5.3 juta dan pelayar unik (unique visitors) sebanyak 1.2 juta, sejak sebulan lalu.

Jangan lupa saksikan siaran langsung ABPBH 31 jam 9.00 malam di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 26 Sep 2023

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

Wah bestnyaaa! Line up semua power Cepat korang grab tiket sebelum terlambat

Acara Mon, 6 Feb 2023

Konsert Ada Apa Dengan Melly Sukses, Melly Goeslaw Sebak Kenang P Ramlee

Konsert Melly Goeslaw imbau kenangan waktu sekolah…

Acara Sun, 22 Sep 2019

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Warna merah jambu berkilau memikat wanita

Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Cabar Penduduk Ipoh Pecah Rekod ‘Fitness Dance’ di Kuantan, Pahang! Ada Berani?

Festival GegaRia kali ini juga turut memperkenalkan pengisian baru iaitu pertandingan Dance Off Challenge, bagi merancakkan lagi program sesi pagi yang bakal berlangsung di Dataran Amanjaya, Ipoh, Perak, pada 24 Mac depan.

Acara Fri, 4 Mar 2022

Yayasan Maghfirah Sasar RM5 Juta Bantu Mereka Terkesan Covid-19

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Maghfirah tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran yang terkesan akibat pandemik menerusi kempen Raikan Ramadan. Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan […]

Acara Mon, 30 Apr 2018

Sebelum Tengok Filem Pulang, Baca Dulu Novelnya Untuk Ambil Feel

Lama lagi filem ini nak keluar wayang! Tak apa, baca dulu novel sebagai persediaan.

Acara Tue, 22 Nov 2022

Festival Petaling Jaya International Folklore 2022 Bakal ‘Gegar’ Bermula 28 November.. Konsert Istimewa WINGS Jadi Tarikan!

Wow menariknya!! Ada konsert WINGS, dikir barat oleh Issey, wayang kulit Pok Chu, bunga api dan banyak acara menarik lain! Jangan lepaskan peluang pergi PJ Folklore 2022 okey! 🤩🤩🤩

error: Content is protected !!