Euforia Bola 2026
Acara By: Fadzlena Jafar May 15, 2019 @ 12:59pm

Nikmati suasana membeli-belah 24 jam tanpa henti di Mood Republik Raya 2019

Tradisi membeli-belah 24 jam tanpa henti Mood Republik Raya 2019 diteruskan tahun ini  dengan menyajikan jualan pelbagai barang keperluan untuk Aidilfitri kelak.

Bermula dengan program di Kelantan yang diadakan di Hotel Grand Riverview Kota Bharu minggu lalu, Mood Republik Raya 2019 akan diteruskan ke tiga lagi lokasi iaitu di Kuala Lumpur (24 hingga 27 Mei), Alor Setar ((31 Mei hingga 1Jun) dan Kuantan (1 hingga 2 Jun).

Mood Republik

Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republik, Datuk Kimi Iskandar Ismail pada sidang media Mood Republik Raya 2019 di Westin Hotel, Kuala Lumpur. NSTP/SALHANI IBRAHIM

Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republik (MR), Datuk Kimi Iskandar Ismail, berkata selain pembabitan pelbagai selebriti terkemuka, penganjuran festival Hari Raya terbesar di Malaysia itu juga menampilkan jenama besar dalam kalangan usahawan Bumiputera yang membuka ruang jualan sepanjang festival berlangsung.

“Mood Republik sudah berjaya membantu lebih 10,000 usahawan khususnya usahawan Bumiputera sejak 2014 untuk memasarkan produk mereka di seluruh negara dengan membabitkan jualan melebihi RM500 juta.

“Kejayaan ini kerana festival anjuran Mood Republik adalah satu-satunya temasya yang mampu mengumpul nama besar dan eksklusif di bawah satu bumbung, termasuk selebriti tempatan yang mempunyai produk sendiri sehingga menarik kunjungan lebih 10 juta pelanggan ke festival ini sejak diperkenalkan,” katanya

Tahun ini Mood Republik bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan selain beberapa syarikat seperti Affin Bank, UNIFI sebagai rakan jalur lebar rasmi dan ASTRO sebagai rakan media rasmi.

Mood Republik

Kimi Iskandar (duduk empat kanan) bersama-sama artis dan penaja di sidang media Mood Republik Raya 2019 di Westin Hotel, Kuala Lumpur. NSTP/SALHANI IBRAHIM

Selain waktu operasi tanpa henti sepanjang hari, Mood Republic juga menawarkan nama-nama besar sama ada dalam bidang kecantkan, tetapi juga dalam bidang fesyen yang bakal mewarnai ruang pameran dan jualan.

Antaranya, pemilik dan pengasas pelbagai produk kosmetik dan penjagaan diri seperti Datuk Seri Alif Syukri, Datuk Seri Vida, Datuk Alha Alfa untuk Alha Alfa dan Nur Sajat, manakala jenama terkenal yang hadir ialah Sugarcraft, Leeyana Rahman, Eirah Exclusive, Cala Qisya, Minaz Jubah Souq, tudung ruffle dan Jannah Noe.

Selebriti yang yang dijangka hadir antaranya, Datuk Hattan, Fazura, Fattah Amin, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Amyra Rosli, Scha Al Yahya, Awal Ashari, Janna Nick, Yana Samsudin, Anzalna Nasir, Mira Filzah dan ramai lagi.

Mood Republik

Saban tahun, festival anjuran Mood Republik dikunjungi ribuan pelanggan yang datang untuk membeli kelengkapan sambutan Aidilfitri. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati suasana membeli-belah tanpa henti selama 24 jam sepanjang festival itu berlangsung.

Berikut adalah tarikh dan lokasi Mood Republik Raya 2019 akan berlangsung

  • Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur (24 hingga 27 Mei 2019)
  • TH Hotel & Convention Centre Alor Setar ((31 Mei hingga 1 Jun 2019)
  • Zenith Convention Centre Kuantan (1 hingga 2 Jun 2019)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 24 Nov 2019

Perkakasan memasak pintar Pasifica senangkan tugas di dapur

Memasak lebih mudah dengan The Forge dan The Vortex!

Acara Sun, 19 Jan 2020
Acara Mon, 24 Jul 2023

‘Lekaih Mai’ Ke Karnival Jom Heboh Di Pulau Pinang

Hari Kari Malaysia BABA’S Menggandakan Kemeriahan Ulang Tahun KJH ke-20!

Acara Tue, 2 Oct 2018

Warga Penang Serbu Booth Hijab & Heels Di Karnival Jom Heboh. Happening Habis!

Memang banyak hadiah awesome yang para pengunjung menangi!

Acara Wed, 20 Nov 2019
Acara Tue, 6 Sep 2022
error: Content is protected !!