Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi August 8, 2024 @ 11:00pm

Berjaya Mara Ke Final, Pesanan Jurulatih Sebelum Terjunan 4 & 5 ‘Selamatkan’ Nur Dhabitah – “Alhamdulillah, Tuhan Tolong Saya”

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mendedahkan pesanan jurulatihnya berjaya menyuntik semangat untuk kembali bangkit daripada ketinggalan pada dua baki terjunan akhir sehingga berjaya mara ke pentas final, esok.

Dhabitah yang menyertai acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita atas tiket ‘wild card’ mengakui prestasinya merosot ketika terjunan ketiga pada aksi separuh akhir berlangsung sebentar tadi.

“Terjunan pertama sangat baik untuk saya tetapi yang kedua, tidaklah terlalu teruk. Yang ketiga saya agak bergelut dan dua lagi baki (terjunan), jurulatih memberikan kepercayaannya kepada saya untuk kembali bangkit.

“Itu saya boleh katakan adalah terjunan ‘comeback’ sebab di saat akhir sejujurnya saya rasa hilang semangat (down). Tapi Alhamdulillah, Tuhan nak tolong saya.

“Dia (jurulatih) kata ‘OK, selepas ini aku nak tengok bagaimana kamu bangkit semula’,” kata Nur Dhabitah.

Nur Dhabitah

Sementara itu, Dhabitah yang berjaya berada di kedudukan kelapan daripada 12 peserta saingan ke pentas final itu akan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

“Saya memang nak berikan yang terbaik, segala yang telah saya lalui semasa latihan dalam masa yang singkat.

“Bukan tak nak, tapi persaingan sangat sengit. Kalau nak bagus, meraih mata tinggi… kena buat betul-betul. Semua orang mempunyai pertarungan sendiri (di sini),” kata Nur Dhabitah.

@unifiyourworld

Antara 2️⃣ terjunan terbaik Nur Dhabitah Sabri di separuh akhir 3m Papan Anjal tadi. 😍 Saksikan siaran langsung sukan Olimpik Paris 2024 secara PERCUMA di aplikasi Unifi TV! Muat turun aplikasi Unifi TV untuk iOS & Android melalui link di bio! KamiTeamMalaysia SemangatTakTerbatas Paris2024 Diving

♬ original sound – Unifi – Unifi

Pada saingan separuh akhir itu, penerjun berusia 25 tahun itu mara ke final selepas mengumpul 286.95 mata.

Terdahulu, pada edisi Tokyo 2020, Dhabitah meraih tempat keempat dengan markah 326.15 mata, manakala tempat tercorot daripada lapan negara dalam acara 10 m platform seirama.

Artikel Berkaitan: Berjaya Mara Ke Separuh Akhir, Jiggy Masin Beri Sokongan Padu Buat Dhabitah Sabri – “Let’s Go Sayang!”

Sumber: Berita Harian/Video Astro Arena

Foto: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Sep 2023
Trending Wed, 28 Aug 2019

Gempa Bumi Rantau Kepulauan Sandwich Selatan

Jangan risau setakat ini tiada ancaman tsunami ye

Featured Thu, 19 Aug 2021

Dibenarkan Dine In Di Semua Negeri Mulai Esok Bagi Individu Lengkap Vaksin

Individu lengkap dos suntikan vaksin Covid-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan menikmati hidangan di restoran dan kedai makan mulai esok. Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu […]

Trending Tue, 3 Dec 2019

Kapal Kargo Yang Membawa 879 Tan Barang ”Sale” 11.11 Dipercayai Karam?

Kalau betul kesian pada pembeli-pembeli yang setia menunggu barang sale sampai!

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Mon, 20 May 2024

Bapa Fazren Rafi Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Fazren

Trending Thu, 14 Apr 2022
Featured Wed, 10 Jan 2024

“Drama Lain I Tak Nak Tahu, Nak Kutuk Belakang Pun I Don’t Care!” – Puteri Sarah Minta ‘Penipu’ Pulangkan RM26,000

Alahai, main curi duit ni yang tak best! Bahagia kat dunia je, kat akhirat nanti merangkak💥💥💥

error: Content is protected !!