Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 10, 2024 @ 12:04pm

Ibu Aliff Aziz Kongsi Petikan Ceramah Hukum Pisahkan Zuriat Dengan Ibu Bapa – “Usah Guna Anak-Anak Sebagai Senjata Puaskan Hati Sendiri”

Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad menuai perhatian selepas berkongsi petikan ceramah pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum melarang anak berjumpa ayah atau ibu selepas bercerai.

Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, haram hukumnya memisahkan anak-anak daripada bapa atau ibu mereka walaupun kedua-duanya sudah berpisah.

“Takkan diterima segala amalan kebaikan yang dibuat kerana memutuskan silaturrahim,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Dalam pada itu, Hafiza memaklumkan, perceraian yang berlaku antara pasangan suami isteri sama sekali tiada kaitan dengan anak-anak.

Bahkan, dia seolah-olah memberi pesanan agar tidak menjadikan anak-anak sebagai senjata untuk memuaskan hati sendiri.

“Talak itu adalah antara pasangan dan bukan antara anak-anak dengan orang tuanya.

“Usah menggunakan anak-anak sebagai senjata untuk memuaskan hati sendiri walau apa pun alasannya. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah seakan membalas kenyataan mentuanya itu menerusi hantaran terkini di platform sama sekaligus memohon ruang untuk dirinya dan anak-anak, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4, menyejukkan hati yang terluka.

Malah, Bella juga meminta pihak yang terlibat untuk berhenti memerli dirinya dan keluarga menerusi platform media sosial.

“Biarlah masa yang menentukan. Untuk terakhir kali, saya minta supaya berhentilah memerli, adalah lebih baik kita muhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik kerana usia kita semua semakin meningkat.

“Banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dan tak lupa mari kita sama-sama terus mendoakan saudara kita di bumi Palestine. Bella mohon beri kami ruang untuk sejukkan hati yang terluka,”  jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Mohon Sindiran Dihentikan, Bella Astillah Jawab Tuduhan Pisahkan Aliff Aziz Dengan Anak-Anak… Dakwa Ibu Mentua Cuba Pengaruh Minda Ayden Ketika Video Call?

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Aliff Aziz Dedah Tidak Dapat Berjumpa & Bercakap Dengan Cucu -“We Will Not Stop Trying To See You”

ARTIKEL BERKAITAN:Berita Kematian Ibu Aliff Aziz Tular, Ini Respons Empunya Badan – “Allah Masih Beri Peluang Untuk Hidup Satu Hari Lagi”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jul 2019

Tidak tenteram, pembeli rumah The Conjuring alami kejadian dalam filem!

Dalam filem pun dah nampak seram, kenapa beli?

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Wed, 17 Jul 2024

Gamit Memori Lagu Popular, New Boyz Sebak Konsert 25th Anniversary “Full House”

Kejayaan Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang tahun lalu menjadi pembakar semangat buat Popsicle Records dan New Boyz untuk mengadakan konsert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada tahun 2024. New Boyz 25th […]

Featured Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Joe Flizzow, Marini Selamat Bertunang

Sama cantik sama tampan!

Featured Mon, 15 Jan 2024
Hiburan Tue, 19 Aug 2025

Dari Pentas XTRA XSTAR Ke Studio Rakaman… Zahra Lancar Single Debut Janjiku Padamu, Harap Jadi Lagu Galau Ramai!

Juara kempen XTRA XSTAR 2024, Zahra lancar single pertama Janjiku Padamu!

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
error: Content is protected !!