Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 5, 2024 @ 3:39pm

Berita Kematian Ibu Aliff Aziz Tular, Ini Respons Empunya Badan – “Allah Masih Beri Peluang Untuk Hidup Satu Hari Lagi”

Berita mengenai kematian ibu kepada penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Bashaharil yang tular di platform media sosial sejak Ahad mencuri perhatian ramai pihak.

Justeru, tidak mahu perkara tersebut terus menjadi spekulasi,  Hafiza tampil membuka mulut dan memaklumkan dia masih hidup dan masih meneruskan kehidupan.

“Pada insan yang saya hormati yang hubungi saya sebentar tadi untuk memastikan berita ini sahih ataupun tidak.

“Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk hidup sehari lagi,” ulasnya.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram miliknya, Hafiza berkongsi tangkap layar paparan skrin akaun YouTube tersebut yang tertera tajuk ‘Kematian ibu Aliff Aziz? Ramai doakan semoga Aliff Aziz tabah dengan dugaan menimpa’.

Dalam pada itu, Hafiza menerusi ruangan kapsyen berkata, dia tidak mahu menyimpan sebarang dendam terhadap individu yang melemparkan fitnah terhadapnya sekaligus mendoakan agar individu tersebut mendapat hidayah dan berubah kepada kebaikan.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA posting tersebut telahpun dipadam beberapa jam selepas ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Jun 2019
Hiburan Mon, 4 May 2026

Haniff Hamzah Sertai Hot FM, Bergandingan Dengan Fizi Ali Dalam ‘Hot Vibe Club’

Hot FM memperkenalkan Haniff Hamzah sebagai wajah baharu stesen itu.

Trending Thu, 13 Jan 2022

2 Tahun PKP, Anak Nora Danish Tak Mahu Berenggang

Pelakon jelita Nora Danish mendedahkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim, 4, tidak mahu berenggang terlalu lama dengan dirinya. Menurut Nora, dia kini terpaksa menolak tawaran lakonan yang memerlukan komitmen panjang. “Mungkin kerana sudah dua tahun […]

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Featured Fri, 1 Jul 2022

[VIDEO] “Saling Melengkapi! Comel Je ‘Awang’ & Bini Dia..” – Fattah Amin Ajar Fazura Bersilat Raih Perhatian Netizen!

Alahai comelnya pasangan sejoli ni. Fazura support filem, Fattah support bisnes ❤️🥰 They complete each other 🤩

Featured Tue, 27 Sep 2022

Terpaling Juara: Akim Kecewa, Akui Aqeesh Mampu Ikut Jejak Stacy – “Dia Ada Bakat Luar Biasa”

Moga lepasni dapat tengok Aqeesh lagi beraksi kat pentas yang lebih besar🤞

Featured Tue, 26 Mar 2024

Neelofa Dikritik Tiada Empati, Netizen Mohon ‘Validate’ Perasaan & Kesedihan Pemanggil

Ops! Ramai juga yang kecam minta Lofa faham perasaan caller 🙄🔥

Featured Tue, 5 Sep 2023
error: Content is protected !!