Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 10, 2018 @ 7:50am

Kazim Elias Jawab Isu Jual Pusat Tahfiz, “Saya Tak Mampu Lagi Tampung”

Sah…penceramah terkenal yang juga pengasas Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah, Manjoi, Datuk Mohd Kazim Elias akan menjual premis itu.

Ini berikutan beliau tidak mampu menampung kos pentadbiran pusat berkenaan sekaligus menjawab persoalan statusnya di Facebook dan di laman mudah.my mengenai penjualan pusat berkenaan.

Ustaz Kazim ketika ditemui NSTP di pusat berkenaan berkata, beliau terpaksa menjual sebahagian pusat itu membabitkan unit tahfiz di pusat berkenaan yang menempatkan 100 pelajar.

Katanya, keputusan sedih itu terpaksa diambil beliau berikutan tidak mampu lagi untuk menampung kos pentadbiran keseluruhan pusat berkenaan yang kini mencecah RM150,000 sebulan.

“Pusat pendidikan ini terbahagi kepada tiga iaitu Unit Tahfiz, Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok Moden (dewasa) dan saya akan menjual hanya Unit Tahfiz seperti disiarkan di laman mudah.my.

“Keputusan ini memang amat sedih tetapi terpaksa diambil kerana saya memikirkan nasib guru serta pelajar dan penjualan ini dapat menampung kos pentadbiran dua lagi unit di pusat ini,” katanya yang juga pengasas dan pengetua pusat berkenaan.

Ketika ditanya punca sebenar beliau tidak mampu lagi menampung kos pentadbiran pusat berkenaan, Ustaz Kazim berkata, ia berikutan beliau tidak lagi mendapat panggilan kuliah serta ceramah.

“Kami (Pusat Pendidikan Al Barakah) tidak pernah minta derma daripada mana-mana pihak, parti politik atau sertai parti politik dan keseluruhan kos dibiayai melalui ceramah, kuliah, penjualan buku-buku diterbitkan dan program televisyen.

“Tetapi sejak dua tiga bulan ini saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya, dibatalkan dan dihalang, saya rasa kalau keadaan ini berterusan, saya tidak mampu menampung Al Barakah,” katanya.

Menurut Ustaz Kazim, walaupun akan menjual unit tahfiz berkenaan, usaha melahirkan Huffaz di negara ini akan diteruskannya dengan mewujudkan satu pusat tahfiz dalam skala kecil selepas ini.

“Sebenarnya, kita sudah ada tiga lot tanah di Jalan Juara, Manjoi untuk pembinaan dan wang hasil penjualan unit tahfiz berkenaan akan digunakan untuk membuka pusat tahfiz dalam skala kecil itu iaitu dalam 20 pelajar.

“Saya akan mengecilkan skala bagi menjimatkan kos dan keputusan ini diambil untuk kepentingan bersama,” katanya. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 20 May 2021

Ain Edruce Selamat Bersalin Selepas Berbelas Jam Di Hospital, Belum Dedah Jantina Anak

Pelakon dan pengacara tinggi lampai, Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan swasta, malam tadi. Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 30, berkongsi berita gembira terbabit menerusi ruangan Instagram Story miliknya. […]

Trending Sun, 29 Oct 2023

Kreatif! Nak Elak Hijab Berkedut Selepas Selesai Gosok? Wanita Ini Kongsi Tips Buat Tempat Sangkut Tudung DIY

Lurveee ❤️❤️Sesuai sangat untuk yang suka gosok tudung banyak-banyak sekali harung!

Hiburan Tue, 20 Jan 2026
Trending Sun, 29 Sep 2019

Kerana Buli Menang Tuntutan RM616,634.20

Kesian di buli hingga menyebabkan hilang pendengaran sebelah kanan

Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Heboh Berita Telah Meninggal Dunia, Farahdhiya Mohon Berhenti Permainkan Isu Kematian

Allahuakbar, terkejut min! Dah jadi trend ke sekarang ni 🥵

Trending Sat, 19 Feb 2022

“Semalam Nampak Sihat Seperti Tiada Apa-Apa” – Bapa AG Hot FM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bapa kepada penyampai radio dan pengacara AG Azmeer iaitu Selamat Ipan meninggal dunia ketika tidur, kira-kira jam 3.00 pagi tadi akibat COVID-19. AG atau nama sebenar, Muhammad Azmir Selamat memaklumkan, bapanya yang berusia 76 tahun […]

Trending Fri, 14 Dec 2018
error: Content is protected !!