Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi August 12, 2024 @ 2:35pm

“Baton Telah Diserah, Teruskan Perjuangan, Shah Firdaus” – Azizulhasni Awang

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ telah mengumumkan persaraan beliau sekali gus menyerahkan legasinya kepada rakan seperjuangan, Muhammad Shah Firdaus Shahrom.

Ketika ditemubual bersama Astro Arena, pemenang pingat perak dan gangsa di temasya Olimpik Tokyo 2020 dan Rio 2016 berharap peminat sukan tersebut terus memberi sokongan padu kepada Shah.

“Shah Firdaus akan meneruskan legasi saya. Ia bukan lagi tentang saya. Saya harap peminat akan berhenti bercakap mengenai saya, ia bukan lagi tentang saya.

“Ia tentang kita menyokong Shah dan generasi baru itu. Apa sahaja yang mereka perlukan bantuan saya, saya akan sentiasa berada di sana untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, Azizulhasni dalam hantaran di Instagram meluahkan rasa bangga dan menzahirkan ucapan tahniah atas perjuangan cemerlang Shah di Olimpik Paris.

“Ketika Sukan Olimpik Tokyo sebelum ini, beliau (Shah Firdaus) terhenti di peringkat suku akhir.

“Penampilan Shah di Paris kali ini menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir.

“Dalam baki 100 meter terakhir perlumbaan, Shah menunjukkan kelajuan yang mengagumkan dan seolah-olah hampir membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa.

“Namun, malang tidak berbau apabila berlaku pergeseran di selekoh terakhir yang menyebabkan beliau terjatuh,” ujarnya.

Azizulhasni Awang

Dalam perkongsian sama, Azizulhasni menitipkan semangat kepada Shah untuk terus cekal dan kuat semangat bagi mempersiapkan diri ke temasya Sukan Olimpik LA2028.

“Paling penting adalah untuk menggunakan 4 tahun dari sekarang sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri ke temasya LA2028.

“Akhir kata saya percaya Shah akan jauh lebih bagus dan boleh memberikan pencapaian jauh lebih cemerlang di LA2028 nanti.

“Baton has been passed. Off to you my bro,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Terdahulu, Azizulhasni yang memulakan saingan di kedudukan keenam, cuba membuat gerakan awal dengan memotong pelumba lain sebelum pacer keluar daripada trek di pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, pada Sabtu lalu.

Begitupun, Azizulhasni dikesan turut melepasi pacer sebelum dia disingkirkan daripada saingan sekali gus impiannya untuk memenangi pingat emas pertama negara pada penampilan terakhirnya di Olimpik berkecai.

Artikel Berkaitan: Kemungkinan Wujud ‘Double Standards’, Diskriminasi Terhadap Azizulhasni Awang?

Artikrl Berkaitan: Pacer Bergerak Perlahan… Azizulhasni Awang Jelas Keadaan Sebenar – “Saya Dihimpit Pelumba Perancis, Hampir Jatuh”

Artikel Berkaitan: Azizulhasni Awang Disqualified! Tidak Beraksi Dalam Repechages… Netizen Luah Rasa Kecewa – “This Is So Heartbreaking!”

Sumber: Astro Arena/IG Azizulhasni

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Cukup-Cukuplah Kontroversi, Raja Azmi Tak Mahu Lagi…

Seiring dengan peningkatan usia bakal menjengah 60 tahun pada Jun ini, penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman tidak mahu lagi dikaitkan dengan isu kontroversi. “Pada usia ini saya mahu hidup tenang dan fokus pada dunia seni […]

Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Menyanyi Saja Tak Cukup, Saya Perlu Lengkapkan Dengan Ilmu” – Aina Abdul Bersyukur Berjaya Genggam Sarjana Muda Muzik

Penyanyi Aina Abdul, 28, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Menghadiri sesi graduasi yang berlangsung pagi tadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani mengakui […]

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Kalau Tak Tahu Cerita, Lebih Baik Diam!

Cuba letak diri anda di tempat saya. Apa yang anda rasa? Lagi pula, suami saya mengaku bersalah atas nasihat peguam, kata Salma.

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

“Diam Tak Bermakna Saya Boleh Dibuli, Kita Ada Undang-Undang” – Pernah Digelar S*ndal, Amira Othman Kesal Buli Siber Makin Melampau

Amira mengakui dia tidak terlalu mengambil tahu apa yang diperkatakan di platform Threads

Hiburan Fri, 10 Jan 2020
Hiburan Wed, 18 May 2022
Trending Fri, 25 Jan 2019

疯狂夫妻搜集30尊「古董娃娃」不生小孩:它们更听话!

美国一对夫妻结婚4年,因为受不了亲友催问生育大计,两人竟发挥创意,将太太从小热爱搜集的娃娃成为「亲生女」!

Featured Tue, 6 Sep 2022

“Sekarang Dah 37 Tahun, Memang Ada Perubahan” – Zoey Rahman Nafi Buat Muka

Haa, faktor usia katanya!! Zoey sendiri cakap tau. 🤪

error: Content is protected !!