Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 13, 2024 @ 12:32am

“Ustaz Tak Bersalah, Dia Hanya Ikut Arahan Untuk Lepaskan Saya” – Nora Ariffin

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menjelaskan suaminya, Dr. Rushdi Ramli menerima arahan untuk membuat video melafazkan cerai terhadapnya.

Menerusi muat naik status di Instagram (IG), Nora berkata dia sehingga kini masih tidak terkejut apabila diceraikan tanpa sebarang alasan.

“Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti.

“Saya tergamam tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” tulisnya.

Nora Ariffin

Pada Isnin malam, Nora mengejutkan ramai apabila dia diceraikan talak satu oleh suaminya menerusi sebuah video yang dikongsikan di IG.

@xtra_my

Kita doakan yang baik-baik 🥹 #fyp #xtra #noraariffin #suami #lafaz #cerai #rakamanvideo #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Nora berkahwin dengan Rushdi yang merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya sekitar tahun 2021 namun penyanyi itu tidak mendedahkan secara spesifik butiran majlis perkahwinannya.

Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.

Artikel Berkaitan: Suami Lafaz Cerai Terhadap Nora Ariffin Menerusi Rakaman Video

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 7 Jan 2023

“Aduh, Mana Nak Cari BF Macam Ni?” – Muat Naik Hasil Suntingan Imran Aqil, Dahlia Razal Buat Netizen Single Rasa Sendu

Pempengaruh Dahlia Rizal berkongsi video hasil suntingan tunangnya, penyampai radio Imran Aqil di akaun TikTok miliknya. @indomie.dComei la dia editkan 🥹🥰 i post ok sayang hehe♬ original sound – Dahlia Rizal Menerusi perkongsian itu, Dahlia […]

Featured Fri, 26 Jun 2026

Aisha Retno Bersuara Gara-Gara Dikecam Tukar Lirik Lagu ‘Rollerblade’

Aisha Retno akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu penukaran lirik lagu Rollerblade.

Hiburan Wed, 2 Apr 2025

Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Nina Ismail Sabri umum hamil anak pertama

Trending Tue, 25 Jun 2024
Featured Thu, 5 Jun 2025

31 Tahun Berlalu, Nora Danish Titip Ucapan Buat Arwah Bapa – “Saya Serahkan Semuanya Pada Allah, Moga Kita Disatukan Di Syurga Nanti”

“Saya tidak pernah dapat memegang tangan anda semasa saya membisikkan doa saya” – Nora

error: Content is protected !!