Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 5, 2025 @ 3:19pm

31 Tahun Berlalu, Nora Danish Titip Ucapan Buat Arwah Bapa – “Saya Serahkan Semuanya Pada Allah, Moga Kita Disatukan Di Syurga Nanti”

Pelakon jelita, Nora Danish mengambil kesempatan menitipkan doa buat Allahyarham bapanya, Danish Hanif, menerusi hantaran di platform Threads miliknya.

Kata Nora, sempena sambutan bulan baik Zulhijjah dan sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, dia mengambil kesempatan untuk mengingat kembali segala pengorbanan sepanjang 31 tahun pemergian arwah bapanya

“31 tahun telah berlalu Papa, tetapi namamu masih hidup dalam hening doaku.

“Hari pengorbanan ini mengingatkan saya betapa banyak kehilangan kita, dan betapa kita terus menyayangi walaupun dalam diam.

“Saya tidak pernah dapat mengucapkan semua perkataan ini,  tidak pernah dapat memegang tangan anda semasa saya membisikkan doa saya.

“Tetapi hari ini, saya persembahkan semuanya kepada Allah. Rindu dan air mata. Semoga Dia membungkusmu dengan rahmat yang tidak berkesudahan, menerangi kuburmu dengan nur, dan mempertemukan kita di Jannah suatu hari nanti. Al-Fatihah,” katanya.

Nora berkongsi ucapan itu beserta beberapa foto milik arwah bapanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Feb 2018

ANGKARA KEBAB, ISTERI NEKAD MINTA CERAI

Saya cuma mengenalinya dua bulan sebelum majlis diadakan dan tidak pernah menyangka betapa kedekutnya dia.

Trending Wed, 17 Jun 2020
Featured Fri, 17 Mar 2023
Trending Wed, 20 Oct 2021

“Mohon Agar Penyebaran Video Terbabit Dihentikan Serta Merta” – Isu Fauzi Nawawi & Raja Farah, Khir Rahman Minta Maaf Di IG

Terpalit dalam isu yang melibatkan Fauzi Nawawi dan Raja Farah, pelakon Khir Rahman tampil memohon maaf menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya. Rakaman sebuah program yang diacarakan oleh Khir bersama Shuk Sahar tular di laman […]

Featured Sun, 6 May 2018

Jom Intai Rahsia Penjagaan Rambut Dan Solekan Diva No. 1 Negara, Siti Nurhaliza

Bercakap mengenai figura yang seorang ini, beliau dikagumi bukan kerana bakatnya saja tetapi juga kecantikannya yang all in one.

Trending Thu, 17 Jun 2021

“Saya Harap Peminat Bersabar” – Hisyam Hamid Dedah Ramai Yang Rindu Dengan…

Pelakon Hisyam Hamid berharap peminat dapat bersabar menantikan sambungan drama rantaian Cukup Derita Itu. Terhenti di episod 20, naskhah karya Siti Rosmizah itu dihentikan tayangan di slot Samarinda TV3 berikutan terdapat babak tidak sempat dirakamkan […]

Featured Fri, 12 Aug 2022
error: Content is protected !!