Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 14, 2024 @ 12:30pm

Sunting & Muat Naik Gambar Tak Senonoh Dhabitah Sabri, Jiggy Masin Ambil Tindakan Saman – “Apa Yang Dilakukan Sangat Keterlaluan!”

Pelakon dan pelawak yang juga suami kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri,Jiggy Masin berang apabila ada individu tidak bertanggungjawab menyunting foto isterinya menjadi tidak senonoh.

Jiggy atau nama penuhnya, Mohammad Aizat Ahmad Nazri, 35 , berkata dia tetap akan meneruskan saman kerana menganggap tindakan dan perbuatan individu berkenaan sangat keterlaluan.

Bahkan, lebih menyedihkan foto tersebut diterimanya ketika isterinya itu sedang berjuang demi negara di sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

“Sanggup menyunting dan memuatnaik gambar tidak senonoh isteri saya, sedangkan Nur Dhabitah ketika itu berusaha dan berjuang untuk negara. Ada dua keping gambar sampai ke tangan saya sejak Nur Dhabitah layak mara ke separuh akhir.

“Berdasarkan kenyataan pengawai penyiasat dan peguam, surat saman sudah dikeluarkan kepada individu terbabit. Saya tetap akan teruskan tindakan ini (saman) kerana apa yang dia lakukan sangat keterlaluan,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Berjaya Mara Ke Separuh Akhir, Jiggy Masin Beri Sokongan Padu Buat Dhabitah Sabri – “Let’s Go Sayang!”

ARTIKEL BERKAITAN:Tamatkan Aksi Final… Dhabitah Sabri Bersyukur Diberi Peluang, Titip Ucapan Buat Jiggy Masin – “Thank You Sayang!”

Aib dan menghina Dhabitah

Dalam pada itu, Jiggy mengakui dia masih waras dan boleh menerima kritikan dan komen negatif netizen namun tidak ke tahap menyunting foto isterinya menjadi tidak senonoh kerana ia boleh mengaibkan dan menghina Dhabitah.

“Saya tidak mampu menghalang sudut pandang seseorang terhadap Nur Dhabitah, tapi apabila sanggup bertindak menyunting gambar isteri saya jadi tidak senonoh, ia bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi.

“Lebih buat saya sakit hati apabila fikirkan adab masing-masing yang dah tiada. Sebagai manusia, kalau nak pandang dari sudut sukan, okeylah. Tapi, tolong faham masih ada hadnya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, tindakan mengeluarkan saman terhadap individu tersebut dibuat sebagai pengajaran dan peringatan baut orang ramai di luar sana agar tidak bersikap melampaui batas.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Kenapa Perlu Bersangka Buruk? Tak Takut Dengan Fitnah?” – Sherry Ibrahim

Sherry turut menegaskan hantaran tersebut tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebut netizen

Hiburan Tue, 25 Mar 2025
Featured Wed, 24 Jan 2024

Usia Kandungan Cecah 6 Bulan, Intan Ladyana Alami Alahan Teruk – “Yang Kedua Ni Lagi Memenatkan!”

Hanya ibu mengandung sahaja tahu perasaan ‘penat’ tu…Apapun moga dipermudahkan semuanya untuk Intan!

Hiburan Wed, 2 Apr 2025
Trending Thu, 19 Mar 2020

COVID-19: Prihatin Terhadap Kakitangan, Media Prima Mula Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan

Kerjasama dan keprihatinan majikan dengan kakitangan amat penting dalam situasi wabak sebegini.

Hiburan Mon, 4 Mar 2024
Trending Wed, 10 Nov 2021

Keji & Terkutuk! 4 Abang Durjana Rogol Adik Berusia 13 Tahun Secara Bergilir Ditahan

Empat beradik lelaki yang disyaki merogol adik sendiri semenjak lebih tiga tahun lalu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Difahamkan, mereka melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 13 tahun itu secara bergilir di rumah […]

Featured Sat, 5 Feb 2022
error: Content is protected !!