Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 16, 2024 @ 6:52pm

Penuh Makna, Da’i Syed Pilih Nama Anak Sulung Sharifah Fatma Nour Jamalulail

Genap seminggu berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak sulungnya, penyanyi dan pendakwah Da’i Syed sekali lagi berkongsi nama cahaya matanya itu.

Menurutnya, dia dan isteri, Hana Ismail sepakat memilih nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail kerana mempunyai makaud yang baik dalam Islam.

“Perkenalkan Sharifah Fatma Nour Jamalullail dilahirkan pada 14 Ogos 2024 bersamaan dengan 9 Safar 1446H.

“Sharifah bermaksud yang mulia, Fatma adalah pemberian dan Nour adalah cahaya,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

Terdahulu, pada Rabu lalu, Da’i Syed memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal.

“Syukur pada Allah atas kelahiran puteri sulung kami, dan isteri bersalin secara normal Alhamdulillah,” katanya.

Sebelum ini, Hana Ismail pernah melalui fasa kecewa dan sedih selepas mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur dirinya mempunyai ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Joey BPR Kemalangan Patah Tulang Rusuk

Susulan nahas itu, Joey turut mengalami patah empat tulang rusuk.

Hiburan Sun, 23 Feb 2025

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Payudara

Noor Kartini mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara tahap satu.

Featured Thu, 31 May 2018

Kalau Nak Kereta Sentiasa Bau Wangi, Anda Perlu Cuba Tip Ini

Kini masalah bau busuk kereta anda boleh diatasi dengan hanya menggunakan kopi sahaja!

Trending Mon, 21 Jun 2021
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#SFMM33 : Siti Sarah Makin Power Dalam Lagu Semakin

Korang dah tengok belum Sarah perform masa SFMM33 baru-baru ni? Kalau belum jangan lupa layari Youtube TV3 official Malaysia okay!

Featured Tue, 22 Aug 2023
error: Content is protected !!