Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 12, 2024 @ 12:22pm

Menang Trofi TikTok Awards Malaysia 2024, Pinn Yang Berhasrat Derma RM50,000 Kepada Yayasan Chow Kit

Merangkul trofi TikTok Shop Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2024, pempengaruh popular, Pinn Yang menyimpan hasrat mendermakan wang tunai sebanyak RM50,000 kepada Yayasan Chow Kit.

Berjaya menewaskan @almiyaz.my, @dearcarynn, @moncherilive, @nLalchemist dan @peemondayz malam tadi, Pinn Yang turut merancang untuk menganjurkan sebuah majlis kenduri untuk meraikan pengikut media sosialnya.

“Sebelum ini, saya memang selalu menyertai acara dengan Yayasan Chow Kit. Jadi, saya sudah berjumpa dengan pihak pengurusan yayasan ini dan memaklumkan mengenai perancangan saya ini.

“Selain itu, saya juga bercadang untuk menganjurkan satu majlis kenduri untuk menyantuni pengikut saya,” katanya.

Tambah Pinn Yang, trofi TikTok Awards Malaysia 2024 menjadi momen manis buat dirinya sebagai pencipta kandungan.

“Sejujurnya, saya tak betul-betul tak sangka dapat memenangi anugerah ini. Ia adalah pengalaman dan detik yang sangat istimewa.

“Anugerah yang saya menangi ini memberikan kesan positif kepada saya. Tambahan pula ini kali pertama saya muncul di televisyen.

“Sebelum ini saya hanyalah individu di belakang tabir dan mula menceburkan diri dalam bidang penciptaan kandungan tahun lalu dan tak sangka mampu berada sejauh ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pinn Yang turut mengakui pemberian ‘hadiah misteri’ kepada peminat memberi impak dan menjadi faktor kemenangannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Oct 2020
Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Roslan Shah Jalani Rawatan Sihir Secara Live Di TikTok?

Sakitnya tengok.. moga dipermudah segala urusan

Featured Sun, 28 Apr 2024

Demi Nafkah Anak-Anak, Hafidz Roshdi Kesal Individu Hina Pekerjaan 

Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄

Trending Sat, 1 Jun 2024

Ibu Bapa Arwah Zayn Rayyan Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Tangkapan berpandukan risikan sejak hari kejadian.

Featured Fri, 26 Aug 2022
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Kenapa Elyana Menyesal?

Tidak pernah menipu, Elyana nyata kesal dengan tindakan dan tohmahan netizen terhadap dirinya.

error: Content is protected !!