Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 18, 2024 @ 5:39am

Aniq Durar Curi ‘Ciuman’ Pertama Sofia Dendroff Dalam Drama Romantik ‘My Stolen First Kiss’… Strim Hanya Di Tonton!

Bagaimana ciuman yang tidak disengajakan boleh membawa kepada hubungan romantis yang penuh kekecohan? Kisah cinta yang bermula secara tidak sengaja melalui bantuan CPR ini akan membuat anda tertanya-tanya, apakah cinta boleh wujud apabila ia terhasil daripada desakan demi desakan? Terpaksa bercinta demi menjaga maruah? Dapatkah cinta menyatukan Mel (Sofia Dendroff) dan Mikael (Aniq Durar) melalui insiden ciuman kecemasan?

Saksikan drama terbaharu Tonton Original Series: My Stolen First Kiss yang akan menemui penonton pada 19 Ogos 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

SINOPSIS

Tonton Original Series: My Stolen First Kiss mengisahkan tentang Mel (Sofia Dendroff) seorang gadis periang yang berumur dalam lingkungan 20-an. Mel yang dilarang untuk bercinta semasa di sekolah, kini tidak sabar untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar kolej demi memenuhi impian romantiknya.

Namun, kehidupan yang diidamkan Mel berubah apabila dia lemas dan diselamatkan oleh Mikael, seorang eksekutif di bahagian pengurusan pembinaan berusia lewat 20-an yang serius dalam mencari cinta sejati, melalui bantuan CPR.

Mel yang menyimpan checklist untuk kehidupan romantiknya – first meet, first date, first meet the future in-law, bertunang, berkahwin, first kiss dan segalanya, menjadi tidak keruan apabila mengetahui dirinya telah ‘dicium’ oleh Mikael dalam keadaan dia tidak sedarkan diri.

Mel yang belum pernah bercinta menjadi sedih dan kecewa dan sukar menerima kenyataan dek kerana menganggap bantuan CPR itu adalah ciuman pertamanya yang telah ‘dicuri’ oleh Mikael. Kehidupan Mikael menjadi huru-hara apabila Mel menceritakan insiden tersebut kepada abangnya Aizat yang ‘overprotective’ dan telah memaksa Mikael untuk bertanggung jawab.

Konflik timbul apabila Mikael yang sudah mempunyai kekasih, cuba untuk menuruti permintaan tersebut. Dalam usaha menjaga maruah dan memenuhi tuntutan keluarga Mel, Mikael yang sudah dua kali putus cinta dan kini sedang cuba memikat hati wanita idamannya iaitu Damia (Shaza Bae), terpaksa bercinta dengan Mel.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila pelbagai rahsia terbongkar, termasuklah identiti sebenar Mikael. Kekecohan berlaku apabila Mel dan kawan-kawannya mendapat tahu bahawa Mikael sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung. Insiden ini memburukkan lagi hubungan Mikael dan Mel.

Adakah Mel dan Mikael akan bersama akhirnya? Mampukah Mikael merealisasikan checklist cinta Mel? Pelbagai konflik yang mencuit hati menjanjikan kehangatan dan gelak tawa sambil membawa penonton merenung tentang cinta, keluarga, dan impian romantik yang tidak selalunya seperti yang dibayangkan.

Tonton Original Series: My Stolen First Kiss merupakan hasil terbitan Tanah Beris Film Production yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan olahan skrip yang mantap dari Zyza Backy.

Drama ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perjalanan percintaan mereka ini. Drama ini menampilkan barisan pelakon baharu yang hebat dan berbakat seperti Aniq Durar, Sofia Dendroff, Shaza Bae, Imran Aqil, Wanie Ooi, Alif Hadi, Wanns Ahmad, Catriona Ross, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan drama komedi romantik Tonton Original Series: My Stolen First Kiss di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang akan ditayangkan pada 19 Ogos 2024!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Aug 2023

Jom Nikmati Keenakan Teh Tarik Ori Dari F&N Ini Sambil Tonton TikTok Awards MY 2023!

Tak lama lagi acara terbesar TikTok pada tahun ini iaitu TikTok Awards MY 2023 akan berlangsung di Kuala Lumpur. Tak sabar rasanya nak tahu siapakah content creators yang akan dinobatkan sebagai pemenang.  Sambil layan TikTok […]

Featured Fri, 22 Oct 2021
Featured Wed, 6 Jun 2018

Kerana Risaukan Keselamatan Anaknya Yang Dijaga Oleh Bekas Suami, Janet Jackson Hubungi Polis

Janet telah menelefon pihak polis selepas bimbang dengan keselamatan anak lelakinya Eissa.

Trending Thu, 25 Jun 2020
Hiburan Tue, 25 Feb 2025

Hadir Majlis Doa Selamat Fattah Amin, Netizen Teruja Ustaz Dr Zulkifli Selit Foto Bersama Amira Othman

Dr Zulkifli hadir majlis doa selamat Fattah Amin, serba putih kongsi foto dengan Amira Othman

Featured Tue, 30 Jun 2026

“Kami Cuma Nak Tahu Apa Yang Berlaku, Suami Pun Dilarang Tengok CCTV” –  Anne Abdullah Persoal Misteri Kematian Nadia Kesuma

Pelakon Anne Abdullah berharap misteri di sebalik kematian Allahyarham rakan baiknya, Nadia Kesuma ketika berada di Jeddah dapat diselesaikan

Hiburan Wed, 24 Jun 2026

“Kalau Tak Suka Bakat Saya, Jangan Hina Rupa & Fizikal” – Viviana Luah Rasa Kecewa

iviana tampil menitipkan pesanan agar orang ramai tidak menjadikan rupa paras dan fizikalnya sebagai bahan kecaman

error: Content is protected !!