Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 24, 2026 @ 11:32am

“Kalau Tak Suka Bakat Saya, Jangan Hina Rupa & Fizikal” – Viviana Luah Rasa Kecewa

Anak kepada penyanyi terkenal, Ani Maiyuni iaitu Viviana Zairi meluahkan rasa kecewa apabila imej dan penampilan fizikalnya menjadi sasaran kritikan segelintir netizen.

Menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya, Viviana tampil menitipkan pesanan agar orang ramai tidak menjadikan rupa paras dan fizikalnya sebagai bahan kecaman sekiranya tidak menyukai bakat nyanyiannya.

“Maaf kalau saya tiada pakej di mata semua. Kalau tidak suka dengan bakat saya, jangan hina rupa dan fizikal saya,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, guru tari profesional, Linda Jasmine turut memberikan kata-kata semangat buat Viviana dan menyifatkan wanita itu memiliki rupa paras yang cantik.

Pada masa sama, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan sokongan positif serta meminta Viviana mengabaikan segala kritikan negatif yang diterimanya. Malah, ramai yang memuji bakat nyanyian dan menganggap dia mempunyai potensi besar dalam industri seni tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 23 Sep 2018

Liwat Sembilan Pelajar Tahfiz, Tenaga Pengajar Ditahan Polis!

Sembilan pelajar berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Featured Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Mon, 14 May 2018

Muntah Darah Dan Pengsan, Aqish Alami Masalah Jantung

Sama-samalah kita doakan yang terbaik agar pelakon yang pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 ini sembuh seperti sedia kala dan terus mewarnai industri seni tanah air

Featured Tue, 24 Aug 2021
Hiburan Wed, 25 Dec 2024

Happy Asmara, Angga Chandra, Restu Van Houten & Poey Stings Kongsi Pentas Bersama Charly, Bakal Meriahkan Konsert Muzik Harmony Setia

Restu Van Houten, Poey Stings, Angga Chandra dan Happy Asmara bakal meriahkan Konsert Muzik Harmony Setia.

error: Content is protected !!