Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 11, 2018 @ 4:03am

Jho Low Tidak Lagi Di Macau

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa ahli perniagaan yang dikehendaki polis, Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low, sudah meninggalkan Macau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata PDRM menerima emel daripada pihak berkuasa negara berkenaan dua hari lalu memaklumkan mengenai status serta lokasi terkini Jho Low.

Katanya, menerusi emel berkenaan, PDRM turut dimaklumkan bahawa destinasi Jho Low selepas meninggalkan negara itu tidak diketahui.

“Dua hari lalu kita ada menerima emel daripada pihak berkuasa Macau memaklumkan mengenai kedudukan Jho Low.

“Dalam emel itu disebut bahawa Jho Low sudah meninggalkan Macau dan destinasinya selepas itu tidak diketahui,” katanya pada sidang media Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari polis Ke-211 di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin.

Mohamad Fuzi berkata, PDRM kini masih belum mengetahui lokasi terkini ahli perniagaan yang menjadi pelarian itu.

Pada Jun lalu, Jho Low dikesan berada di Hong Kong dan PDRM sudah menghantar pegawai ke sana bagi menahannya.

Namun, usaha itu gagal berikutan Jho Low sudah meninggalkan negara itu ke Macau dengan menaiki feri. – BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2024
Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Thu, 27 Oct 2022

“Ada Yang Akan Pantau Saya” – Selepas Dikejarkan Ke Hospital Ogos Lalu, Ako Mustapha Kongsi Keadaan Terkini

Pelakon dan penerbit, Ako Mustapha berkongsi keadaan terkini kesihatannya selepas dikejarkan ke hospital kerana kekurangan insulin dalam badan pada Ogos lalu. Menghidap penyakit diabetis sejak 2016, Ako mendapatkan rawatan kerana saraf serta otot tidak dapat […]

Featured Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Sat, 14 Dec 2024

Tampilkan Uqasha Senrose, Sara Ali, Farid Kamil, Juliana Evans… Amalan Syirik Jadi Tema Filem Bisikan Dosa

Bisikan Dosa yang dibintangi oleh Uqasha Senrose, Sara Ali, Farid Kamil dan Juliana Evans bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Januari 2025.

Featured Thu, 27 Oct 2022

Walau Dah Berpisah, Ziana Zain Titip Pesan Pada Anak-Anak Untuk Jaga Kebajikan Bapa – “Mama Tak Akan Marah..”

Sayunya dengar luahan hati penyanyi hebat Ziana Zain untuk anak anak 🥺🥺🥺

Events Mon, 10 Apr 2023

Rindu Di Hari Lebaran, Lagu Raya Terbaru ‘Hadiah’ Datuk Jamal Abdillah Buat Peminat

Bestnyaaaa… selalu dengar lagu Saalm Aidilfitri je😍🥰

error: Content is protected !!