Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 19, 2024 @ 6:31pm

Didakwa Fail Cerai, Syamsul Yusof Padam Foto Kahwin Dengan Ira Kazar Di IG?

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof sekali lagi mencuri tumpuan selepas berita mengenai perceraiannya bersama isteri, Ira kazar tular.

Terbaharu, berdasarkan pemerhatian XTRA, foto perkahwinan milik pasangan ini yang dimuat naik pada awal Januari tahun lalu juga didakwa telah dipadam Syamsul seolah memberi bayangan bahawa spekulasi yang timbul adalah benar.

Terdahulu, pada Isnin, Syamsul Yusof didakwa telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Ia susulan dakwaan sudah tidak wujud lagi persefahaman antara kedua-dua pihak.

Pada Oktober lalu, timbul khabar angin mendakwa Syamsul dan Ira sudah bercerai.

Namun begitu, mereka memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang respons mengenai gosip tersebut.

Sekadar info, Syamsul dan Ira iaitu anak pelakon Kazar Saisi mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan kes perkahwinan kedua Syamsul bersama Ira, pelakon jelita Puteri Sarah nekad memfailkan cerai sebelum sah berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Fail Cerai, Syamsul Yusof Padam Foto Kahwin Dengan Ira Kazar

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Kembali Rujuk & Jadi Isteri Kedua Syamsul Yusof? Ini Respons Puteri Sarah – “Takkan Terjadi, Kita Dah Move On”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

AKHIRNYA MIMI FLY CERAI, MOHON NETIZEN JANGAN KERUHKAN KEADAAN

Mimi yang sebelum ini bersama Kumpulan One Nation Emcee membuat pengakuan mengenai status perceraian nya itu melalui akaun instgram miliknya

Trending Fri, 28 Aug 2020
Hiburan Tue, 6 Nov 2018

邓紫棋登NASA唱中文歌!集邮「超强大咖」网跪了

邓紫棋受邀登上NASA表演,在拥有「科学界奥斯卡」之称的美国科学突破奖颁奖典礼上,献唱中文歌曲《光年之外》,一展铁肺好歌喉。

Hiburan Wed, 13 Feb 2019
Featured Fri, 18 Apr 2025

Nora Ariffin Nekad Fail Cerai

Ini adalah perceraian kali kedua yang dibuat Nora

Featured Fri, 20 Jun 2025
error: Content is protected !!