Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 21, 2024 @ 7:14pm

Wajah Didakwa Makin Tua, Fathia Latiff Mengaku ‘Buat Muka’ – “Yang Penting Kita Yakin & Gembira”

Pelakon sensasi, Fathia Latiff mendedahkan dia melakukan proses perubahan pada wajahnya demi keliatan awet muda dan cantik.

Katanya menerusi perkongsian video tular di TikTok, hampir keseluruhan wajahnya mengalami rawatan suntikan ‘filler’ termasuklah botox.

“Memang saya ada buat ‘filler’ dan botox semua tapi saya rasa sekarang ni normal sebab saya pun dah berusia. Dulu masa saya muda, muka tegang lagi.

“Saya buat bibir, mata, botox, hidung, semualah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

 

Enggan mengambil pusing dengan pendapat orang luar termasuklah ada yang mengatakan wajahnya kelihatan semakin tua kesan daripada rawatan tersebut, Fathia bagaimanapun menganggap tindakannya itu sebagai perkara normal yang dilakukan oleh masyarakat kini.

“Saya tak kisah pun apa orang nak cakap tapi saya hanya kisah apa yang mak saya cakap.

“Bila mak saya nasihat, saya akan dengar. Mak saya ada nasihat sudah-sudahlah tak payah nak buat itu ini lagi (perubahan wajah) tapi saya memang manja dengan mak saya jadi saya pujuk dia, mak saya pun macam ‘suka hati kau lah’.

“Kita kena ikut peredaran zaman. Macam dulu orang malu tapi sekarang semua orang buat dan dah jadi normal.

“Saya rasa kalau untuk mencantikkan wajah kita, kenapa tidak? Kalau kita rasa ‘insecure’ dengan wajah kita tak jadi masalah pun. Yang penting bila lepas buat tu kita rasa berkeyakinan, gembira nak keluar dan tak perlu bersolek sangat,” jelasnya.

Bahkan, aktres yang popular menerusi drama Ariana Rose itu mengakui penampilannya dahulu kurang menarik disebabkan wajahnya yang terlalu cengkung dan tidak cantik.

“Sejujurnya saya nampak dulu wajah saya cengkung dan tak cantik. Manakala dari segi penampilan pula, saya rasa dahulu saya kurus dan jika sekarang ini saya nak berlakon saya kena kurus,” ujarnya.

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Jul 2020
Hiburan Wed, 1 Jul 2026

“Tak Perlu Terkilan Sangat, Itu Hanya Gelaran” – Zila Bakarin Titip Nasihat Buat Uqasha Senrose Isu Dipanggil ‘Janda’

Zila menasihati Uqasha untuk tidak mengendahkan kritikan negatif netizen itu, sebaliknya memberi tumpuan kepada kehidupan dan anaknya. 

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Dituduh Wanita ‘Gold Digger’, Ameera Khan Tampil Bersuara – “Saya Ada Duit, Tak Bergantung Dengan Lelaki”

Ameera Khan menegaskan dia tidak bergantung kepada mana-mana lelaki dari segi kewangan

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Tue, 2 May 2023
Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Al-Fatihah…Takziah Opick

Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat selepas bayi yang dikandungnya meninggal dunia kira-kira dua bulan lalu.

Featured Mon, 21 Apr 2025

“Cukup-Cukuplah Apa Yang Berlaku Pada Keluarga Saya”- Aliff Syukri

Kata Aliff, dia meminta semua pihak untuk berhenti membangkitkan isu mengenai keluarganya.

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Sherry Al Hadad Kunjungi Kediaman Bekas Wartawan 999

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik buat Abang Mazidul. Insya Allah…

error: Content is protected !!